suria

Ellie Goulding dah jadi emak, timang cahaya mata pertama Ahad lalu

Ellie dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

PENYANYI Ellie Goulding selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Ahad lalu.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Caspar Jopling menerusi Instagram.

Menurut Caspar, bayi perempuan dan isterinya sihat dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Ibu dan bayi sihat. Sangat bersyukur dengan kelahiran anak pertama kami ini," tulisnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Caspar pernah memberitahu dia dan isteri tidak sabar ingin menikmati alam keluarga dan mahu menghargai setiap momen indah bersama.

"Saya tak pernah terasa hati tentang perhatian yang diberikan orang ramai berkenaan kerja Ellie. Namun apabila membabitkan hal peribadi, kami sangat menghargai antara satu sama lain.

"Kami sentiasa menikmati privasi kami. Terima kasih atas ucapan peminat," katanya.

Pada Februari lalu, penyanyi lagu Love Me Like You Do ini mengumumkan berita kehamilannya menerusi temubual bersama Vogue.

Ellie berkongsi berita itu selepas kehamilannya memasuki usia 30 minggu.

SUMBER: Sky News

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain