suria

Selepas jadi ayah, Randy Pangalila akui sukar jaga badan

Randy dan isteri menimang cahaya mata pertama pada Mac lalu.

SEMENJAK kelahiran cahaya mata pertama pada 24 Mac lalu, pelakon Randy Pangalila mengakui aktiviti dan kehidupan hariannya berubah sepenuhnya.

Randy menerusi laman Instagram miliknya berkata bukan mudah untuk membahagikan masa untuk diri sendiri dan pada masa yang sama perlu memberi keutamaan kepada bayinya.

Malah, pelakon berusia 31 tahun ini juga mendedahkan dia berasa sedikit tertekan dengan perubahan tersebut namun enggan berputus asa untuk kembali aktif dalam bersukan.

"Akhirnya kembali aktif bersukan. Sejujurnya, bukan perkara yang mudah untuk menjaga badan, tenaga, masa dan permakanan selepas menjadi seorang bapa.



Randy berkongsi perkara itu di Instagram.

"Cara permakanan saya juga mungkin sedikit berubah disebabkan keutamaan yang sudah mula dibahagikan. Malah, sempat juga stres sebab banyak perkara yang perlu dilakukan dalam masa yang singkat.

"Tapi ini menjadi peringatan untuk diri sendiri, kalau nak bina badan itu bukan berlumba siapa yang paling cepat tapi perjalanan dan perlu berehat sebentar untuk melakukan tugas utama terlebih dahulu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Yang paling penting, jangan pernah berhenti dan jika ada masa, kita boleh kembali semula. Untuk para ibu bapa di luar sana yang sama seperti saya, kuatkan semangat! Anda pasti boleh," katanya.

Randy mendirikan rumah tangga dengan Chelsey Frank pada 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Blair Willow Pangalila.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain