suria

Aurel Hermansyah bunting pelamin, Atta Halilintar kongsi berita bakal jadi bapa selepas sebulan nikah

Atta dan Aurel berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram masing-masing.

SELEPAS sebulan mendirikan rumah tangga, YouTuber Indonesia terkenal Atta Halilintar mengumumkan bahawa isterinya iaitu Aurel Hermansyah kini hamil.

Atta menerusi laman Instagram miliknya melahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk dikurniakan cahaya mata pertama tercapai.

"Alhamdulillah ya Allah. Isteriku positif hamil! Impian saya menjadi kenyataan! Gol gol gol. Insya-Allah anak pertamaku," kongsi Atta.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan daripada peminat pasangan itu yang turut mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Dalam pada itu, Aurel yang juga anak kepada penyanyi Kris Dayanti turut mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas rezeki zuriat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.

Anak kepada penyanyi Anang Hermansyah itu mendirikan rumah tangga dengan Atta pada 3 April lalu dan upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain