suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tolong jangan telefon saya!” - Sehun EXO dedah terima 100 panggilan peminat fanatik sehari

Sehun merayu peminat agar tidak menganggu kehidupan peribadinya.

AHLI kumpulan EXO, Sehun membuat pendedahan dia menerima lebih daripada 100 panggilan telefon daripada peminat fanatik pada setiap hari.

Sehun, 27, berkongsikan tentang perkara itu ketika membuat siaran Instagram Live baru-baru ini.

"Tolong jangan telefon saya. Saya dapat lebih kurang 100 panggilan setiap hari... walaupun sering diganggu, saya tidak bercadang untuk tukar nombor lagi.

"Kalau saya tukar nombor, saya masih akan dapat lagi panggilan daripada peminat fanatik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Perkara itu akan lebih menyusahkan saya... sebab itu saya tidak mahu menukar nombor telefon," katanya.

Peminat fanatik yang sering menganggu selebriti Korea Selatan bukanlah satu perkara baharu di sana, malah mereka turut mempunyai gelaran untuk golongan peminat sebegitu yang digelar sasaeng.

Selain Sehun, EXO turut dianggotai oleh Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O, dan Kai.

EXO baru-baru ini mengumumkan mereka bakal tampil dengan album terbaharu berjudul Don't Fight The Feeling. - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia