suria

‘Reborn Rich’ sedarkan Song Joong Ki tentang kekayaan, belajar bahasa Inggeris melalui ‘The Crown’

FENOMENA drama Viu Original Reborn Rich sekali lagi melonjakkan nama pelakon terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki selepas berjaya menambat hati peminat menerusi The Descendants of the Sun dan Vincenzo.

Buktinya, kehadiran Joong Ki di Resort World Sentosa (RWS), Singapura baru-baru ini disambut dengan teriakan peminat sebaik sahaja pelakon itu naik ke atas pentas bagi menyapa mereka.

Malah mereka sanggup menunggunya seawal pukul 7 pagi di lokasi tempat sidang media diadakan bagi melihat sendiri aktor kesayangan mereka dengan lebih dekat.

Tak cukup dengan itu, Joong Ki turut turun daripada pentas bagi menyapa peminat dan meluangkan masa mengambil selfie bersama peminat bertuah.

j1 - 1

Joong Ki tidak pernah terfikir dilahirkan dalam keluarga yang kaya.

Sikap peramah ditunjukkan aktor tersebut berbeza dengan watak Yoon Hyeon Woo yang dilakonkan dalam Reborn Rich - seorang lelaki yang berdendam atas pembunuhan dirinya.

Hyeon Woo dilahirkan semula sebagai Jin Do Joon dalam sebuah keluarga konglomerat dan terus merancang untuk membalas dendam.

Kali terakhir Joong Ki muncul dalam drama bertemakan dendam dan khianat menerusi Vincenzo yang disifatkan penonton menyukai drama genre tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Imbau kenangan jadi extra, Song Jong Ki tak gementar pertama kali depan kamera

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki berduka, nenek meninggal dunia

"Saya rasa orang suka drama bertemakan balas dendam kerana ia adalah salah satu cara mereka meluahkan perasaan tetapi menerusi orang lain.

"Tetapi sebagai seorang Song Joong Ki itu bukan karakter saya yang sebenar," katanya kepada mStar yang berpeluang menemu bual aktor berkenaan secara eksklusif baru-baru ini di Singapura.

Dalam pada itu, Joong Ki memberitahu dia juga tidak mahu dilahirkan semula sebagai seorang hartawan seperti mana wataknya dalam Reborn Rich kerana menganggap ia hanya menimbulkan konflik dalam keluarga.

Sudah tentu manusia suka kepada wang, namun bagi saya wang bukanlah perkara nombor satu dalam hidup.

SONG JOONG KI

PELAKON

Joong Ki berkata, sekiranya diberi pilihan, dia tidak pernah terfikir untuk dilahirkan dalam keluarga kaya kerana gembira dengan apa dimilikinya sekarang.

"Sudah tentu manusia suka kepada wang, namun bagi saya wang bukanlah perkara nombor satu dalam hidup. Saya lebih mengutamakan sikap kemanusiaan.

"Saya tidak mahu dilahirkan semula (kepercayaan masyarakat Korea Selatan) dan sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki," katanya.

Bercakap lanjut mengenai Reborn Rich, Joong Ki berkata, salah satu sebab dia bersetuju berlakon drama berkenaan adalah kerana penulis skripnya, Kim Tae Hee.

j2 - 1

Joong Ki sempat bersalaman dengan peminat di Singapura.

Joong Ki berkata, ketika awal kemunculannya sebagai pelakon, dia pernah bekerjasama dengan Taee Hee dalam drama Sungkyunkwan Scandal dan gembira dapat sekali lagi bergandingan dengannya.

"Ketika saya mula berlakon, Tae Hee juga adalah seorang penulis baru dan sejak itu kami menjalinkan hubungan akrab dan peluang sekali lagi bekerjasama dengannya adalah penghormatan buat saya," katanya.

Drama 16 episod itu sedang ditayangkan di platform Viu yang turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Shin Hyun Bin, Yoon Je Moon,, Kim Jung Nan, Lee Sung Min, Kim Nam Hee, Moon Sung Hyun dan Park Ji Hyun.

Reborn Rich turut menampilkan anggota kumpulan Girls Generation iaitu Tiffany Young yang pertama kali berlakon dalam drama bersiri.

Reborn-Rich_Poster_Yoon-Hyeon-Woo_Song-Joong-Ki-715x1024

Reborn Rich sedang ditayangkan di Viu.

Setakat ini, respon peminat terhadap Reborn Rich cukup memberangsangkan setiap minggu malah mencatatkan 19.4 peratus tontonan di Korea Selatan mengalahkan Extraordinary Attorney Woo sebagai drama paling ditonton sepanjang 2022.

Sementara itu, pada sidang media yang dihadiri 80 wartawan dari seluruh Asia termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, Hong Kong itu, Joong Ki cuba menjawab semua soalan diberikan dalam bahasa Inggeris.

Meskipun kadang kala dia bergantung kepad penterjemah untuk memahami soalan diajukan namun Joong Ki tetap mencuba sehabis baik untuk menjawab terus kepada media.

Kata Joong Ki dia tidak mengambil sebarang kelas untuk belajar bahasa berkenaan sebaliknya menonton siri popular The Crown.

song-joong-ki-reborn-rich-viu (1)

Joong Ki meminati siri The Crown.

"Saya obses dengan siri itu. Saya sudah hampir selesaikan musim keempat dan tak sabar menonton episod baru. Daripada situ saya belajar bahasa Inggeris," dedahnya.

Di sebalik banyak memegang watak dalam filem aksi, Joong Ki memberitahu dia sebenarnya suka genre keluarga yang turut menjadi penyebab dia bersetuju berlakon dalam Reborn Rich.

"Reborn Rich menggambungkan konsep drama, dendam dan sejarah Korea yang membuatkan ia berbeza daripada karya lain," katanya.

Peminat boleh menonton Reborn Rich di sini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain