suria

Jalin hubungan baharu dengan penyanyi rap... Dua Lipa dah jumpa pengganti selepas putus Travis Noah

Dua Lipa dikhabarkan sedang bercinta dengan penyanyi rap.

SELEPAS menutup gosip bercinta dengan Travis Noah, penyanyi Dua Lipa dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan dengan penyanyi rap Jack Harlow.

Dua dikatakan mengenali Jack sejak sebulan lalu dan hubungan mereka mungkin ke arah yang lebih serius.

dua1 - 1

Dua Lipa sudah mengenali Jack selama sebulan.

"Saya bertemu Jack di Variety Hitmakers bulan lepas dan dia seorang yang baik.

"Saya rasa selesa berkawan dengannya dan setiap kali keluar bersama, itu adalah masa yang terindah buat kami," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa dan Trevor Noah makan malam bersama... siap berpeluk mesra macam pasangan bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa mengaku lebih seronok hidup 'single'... tutup gosip cinta dengan Trevor Noah

Sementara itu, penyanyi One Kiss ini memberitahu bahawa Jack mencipta sebuah lagu yang berkaitan dengan dirinya.

"Itu sungguh romantik! Saya tidak pernah menyangka Jack akan buat lagu berkaitan dengan saya.

"Jack juga meminta saya untuk memilih nama untuk tajuk lagu tersebut," katanya.

dua2 - 1

Perhubungan Dua Lipa dan Jack dikatakan ke arah lebih serius.

Menurut sumber, Jack dikatakan membeli tiket penerbangan ke New York untuk berjumpa dan menyokong Dua yang sedang membuat persembahan di Z100 Jingle Bell.

Pasangan ini juga terlihat sering makan malam bersama dan menunjukkan kepada awam tentang kemesraan hubungan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain