suria

Air mata DJ Khaled tumpah, pertama kali dapat jalani ibadah umrah

DJ Khaled menunaikan umrah bersama Mike Tyson.

PENYANYI rap DJ Khaled tidak dapat menahan air mata kegembiraan ketika menunaikan ibadah umrah di kota suci Makkah.

Khaled atau Khaled Mohammed Khaled, 47, berkata, tangisan itu kerana dia sudah lama berhajat menjejakkan kaki ke sana sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

"Saat saya berjalan di Makkah, air mata kegembiraan saya berlinangan... sepanjang hidup, saya memang teringin ke sana untuk berdoa memanjatkan kesyukuran kepada Allah," katanya.

dj1 - 1

Khaled tidak dapat menahan sebak ketika berada di Tanah Suci.

Khaled berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi video berkenaan, Khaled dilihat penuh emosi memohon doa dengan berpakaian ihram.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak tahu, penyanyi rap terkenal ini sebenarnya beragama Islam!

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi kenyataan! Blackpink dilihat bersama DJ Khaled di Coachella

Dalam pada itu, Khaled turut mendoakan agar dunia ini sentiasa dipenuhi rasa cinta, kedamaian dan kegembiraan untuk seluruh umat manusia.

"Saya berdoa untuk dunia lebih banyak cinta, kedamaian, kegembiraan, kebahagiaan dan perlindungan untuk kita semua.

dj2 - 1

Khaleed dan Mike Tyson (kiri) menunaikan umrah bersama.

"Allah maha hebat. Sungguh indah kita semua dapat merasai cinta di sini," ujarnya.

Pemergian DJ Khaled ke Tanah Suci turut disertai oleh legenda sukan tinju, Mike Tyson yang turut kelihatan dalam video sewaktu menunaikan tawaf bersama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain