suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kali pertama muncul selepas kes dadah, peminat histeria tengok Aryan Khan… Nampak macam kembar Shah Rukh Khan

Netizen kata Aryan (kanan) macam kembar Shah Rukh Khan.

SELEPAS terpalit kes dadah pada tahun lalu, anak kepada pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan dilihat memperlahankan karier seninya.

Terbaharu, menerusi laporan Bollywood Life, Aryan, 24, mula kembali aktif menghadiri acara hiburan yang menjadi tumpuan selebriti terkenal India.

Penampilan Aryan dalam majlis ulang tahun CEO Dharma Production baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat segak bergaya mengenakan kemeja putih bersama blazer dan seluar hitam.

Gaya dan imejnya itu dikatakan saling tak tumpah seperti bapanya hingga ada yang melihat Aryan seperti kembar Shah Rukh Khan.

Foto yang dikongsi kelab peminat itu membuatkan ramai ‘histeria’ dan teruja kerana sudah lama mereka tidak mengetahui perkembangan terkini Aryan.

Pada awal Oktober tahun lalu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah.

Menurut laporan, dua rakannya yang turut ditahan merupakan pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Pada 28 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan.

Selepas 28 hari ditahan, Aryan diikat jamin dan dibebaskan pada 30 Oktober 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain