suria

Kagum suara Vida, Aliff Syukri... Usahawan viral Iddin Syah tak nak kalah, pasang impian jadi penyanyi dan taja AJL

Iddin mahu jadi seperti Aliff Syukri dan Vida.

MENGAGUMI bakat nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida, usahawan yang juga merupakan personaliti media sosial iaitu Iddin Syah turut memasang impian menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

Yakin memiliki bakat yang sama, Iddin atau nama sebenar Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi berkata dia kini dalam perancangan untuk tampil dengan lagu sulung tidak lama lagi.

"Ya mereka adalah inspirasi saya! Bukan sahaja hebat berniaga, malah menyanyi pun boleh tahan... sebab itu saya pun berminat nak hasilkan lagu dan mencuba nasib jadi penyanyi juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaket tebal tengah panas sambil edar vitamin di SJR, usahawan rambut ala ‘oppa’ Korea beri penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN: Get ready! Iqbal lancar lagu ‘Hujan’ esok, Eric Floor 88 puji vokal unik

"Sejujurnya memang dari dahulu saya minat menyanyi dan bercita-cita nak ada album sendiri. Apabila tengok mereka berjaya, jadi saya fikir tak salah untuk saya pun mencuba.

"Saya pun dah beritahu pengikut di Instagram mengenai perancangan nak keluarkan lagu dan mereka menyokong sepenuhnya... ada yang kata tak sabar nak dengar suara saya, itu yang membuatkan saya lebih bersemangat," katanya kepada mStar.

iddin 2

Sebelum ini Iddin kerap tular dengan kisah program amal yang dilakukan sepanjang pelaksanaan PKP.

Menyedari pasti akan ada kecaman daripada netizen, usahawan berasal dari Pulau Pinang ini berkata dia terbuka menerima apa jua kritikan pendengar kelak.

"Biasalah kecaman itu kita tak boleh nak elak, sebenarnya saya pun bukanlah nak popular sangat cuma nak tunjuk bakat. Sebelum ini pun saya memang selalu karaoke dengan keluarga dan kawan-kawan.

Saya suka lagu balada... Khai Bahar antara penyanyi yang menjadi rujukan saya

IDDIN SYAH

USAHAWAN SENSASI

"Mereka kata suara saya sedap dan tak sangka boleh menyanyi. Jadi itu sebab saya yakin boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian.

"InsyaAllah dalam masa terdekat ini kita rancang untuk keluar lagu baru. Saya suka lagu balada... Khai Bahar antara penyanyi yang menjadi rujukan saya, saya suka lagu dan ton suara dia," ujarnya.

vida 1

Pada Ahad, Vida muncul dengan single baharu berjudul Ku Ikhlaskan.

Dalam pada itu, pengasas produk kecantikan ESW ini memberitahu dia turut meletakkan sasaran untuk menjadi penaja program hiburan antaranya Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Gegar Vaganza.

"Itu pun salah satu impian saya untuk menaja program hiburan terkenal di Malaysia.

"InsyaAllah kalau ada rezeki dan diberi peluang, boleh sahaja kita menaja nanti. Doakan impian saya ini tercapai ya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain