suria

Get ready! Iqbal lancar lagu ‘Hujan’ esok, Eric Floor 88 puji vokal unik - “Ton sedap, suara dia garau”

Eric puji suara Iqbal ada ton yang sedap dan unik.

BERMULA esok industri hiburan akan lebih meriah dengan kehadiran seorang lagi pendatang baharu apabila usahawan yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil dengan single pertama berjudul Hujan.

Menurut Eric Fuzi daripada kumpulan Floor 88, sebagai komposer dia mengagumi bakat yang dimiliki Iqbal walaupun memerlukan sedikit masa untuk memperbaiki teknik nyanyian usahawan kontroversi berkenaan.

Kata Eric atau Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 29, Iqbal mempunyai vokal yang baik dan unik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan propa, Iqbal nak ‘parking’ kereta mewah RM1 juta depan muka Michael Ang - “Ini punca saya terpaksa tunjuk semua!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kononnya Iqbal anak bekas menteri gara-gara campak duit... Dia sebenarnya anak Pak Imam, pernah kerja cuci pinggan

"Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap... memang sedap nyanyian dia. Tajuk lagu dia Hujan akan dilancarkan esok petang.

"Cumanya masa pertama kali kita uji vokal, dia ada masalah tempo dan tak berapa nak sustain. Masa nak rekod tu memang ada masalah sikit.

"Jadi apabila dia ada masalah tempo, penjiwaan dia tu tak berapa sampai sebab dia terlalu nak kejar tempo dan teknik," katanya kepada mStar.

Menurut Eric video muzik (MV) Hujan nyanyian Iqbal akan dilancarkan di YouTube Rusa Music pada petang Isnin.

Sebelum ini mStar melaporkan tentang hasrat Iqbal untuk menghasilkan single serta MV dengan kos RM500,000 bagi mengabadikan kisah cinta tak jadi dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Bercerita lanjut tentang proses rakaman lagu berkenaan, Eric berkata Iqbal mudah untuk dibentuk dan menerima teguran demi memperbaiki kualiti nyanyiannya.

Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap... memang sedap nyanyian dia

ERIC

AHLI KUMPULAN FLOOR 88

"Dia pergi kelas vokal selama dua minggu, hari-hari dia berlatih. Bukan seorang je guru vokal dia tapi ada dua orang.

"Hasilnya dia banyak perubahan, dia jenis yang cepat belajar. Tapi dia perlukan banyak latihan kalau nak nyanyi live la.

"Proses rakaman termasuk vokal dan muzik ambil masa selama tiga hari. Sekali dia masuk studio ambil masa tiga hingga empat jam juga sebab dia bukan penyanyi profesional yang boleh buat satu take je," katanya.

Dalam pada itu mengulas tentang cakap-cakap netizen dan sebilangan selebriti yang mempertikaikan keinginan Iqbal untuk menjadi penyanyi, Eric berkata dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah.

iabal

Lagu nyanyian Iqbal berjudul Hujan bakal dilancarkan esok.

Malah kata Eriq, selaku komposer dia hanya menjalankan tugas secara profesional berdasarkan permintaan.

"Saya terima tawaran ini adalah atas dasar tugasan kerja. Bukan nak rosakkan industri dengan naikkan orang yang viral.

"Kalau bukan Iqbal pun, saya terima juga sebab memang itu kerja saya.

"Dia cuma nak abadikan apa yang terjadi dalam hidup dia menerusi lagu, bukan nak jadi penyanyi dan bukan nak bersaing," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Iqbal, buat lagu, Eric, Hujan

Artikel Lain