suria

Shah Rukh Khan ajak peminat masuk bilik hotel, untung siap dapat cium lagi!

Peminat teruja dapat berpeluk dan mencium Shah Rukh Khan.

SIKAP mesra pelakon terkenal Shah Rukh Khan mengundang peminat ke bilik hotel pada lewat malam menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Portal The Indian Express melaporkan, peminat dikenali sebagai Jatin Gupta dan juga Pawan Pathaan telah mengejar Shah Rukh Khan sehingga ke bilik hotel ketika menghadiri acara Auto Expo 2023 di Delhi, India.

Jatin Gupta bersama tiga orang rakan mengejar Shah Rukh Khan di hotel.

Nasib menyebelahi mereka apabila Shah Rukh Khan menjemput dua peminatnya itu ke bilik penginapan meskipun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Enggan mensia-siakan kesempatan tersebut, Jatin dikatakan telah bergambar dengan bintang tersebut malah turut mencium pipinya.

"Terima kasih Shah Rukh Khan kerana sudi meluangkan masa untuk kami walaupun sudah pukul 2 pagi. Dia telah memanggil kami masuk ke dalam hotel dan memberikan layanan yang baik sepanjang pertemuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan diugut bakar hidup-hidup, filem terbaharu cetus kemarahan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Shah Rukh Khan buka bisnes minuman keras, netizen kecam seolah-olah tidak hormati bapa

"Terima kasih dan minta maaf kerana mengganggu malam awak tapi saya sangat meminati anda," katanya.

Shah Rukh Khan sememangnya sentiasa diekori peminat di negara itu malah ada juga yang sanggup berdiri lama di hadapan rumah aktor berkenaan semata-mata untuk bertemu dan bergambar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain