suria

Kanye West sudah berkahwin dengan pereka fesyen, majlis diadakan secara tertutup

Kanye West dikatakan sudah kembali menjadi suami orang.

DALAM diam-diam penyanyi rap, Kanye West dilaporkan sudah berkahwin dengan pereka fesyen jenama Yeezy iaitu Bianca Censori.

Menurut laporan TMZ, pasangan ini dikatakan telah berkahwin di sebuah lokasi rahsia di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Bianca dikatakan mula berkerja sebagai pereka fesyen jenama pakaian milik Kanye itu sejak tahun 2020.

Kanye West terlihat memakai cincin perkahwinan.

Namun tidak dapat dipastikan sejak bila mereka mula menjalinkan hubungan cinta.

Meskipun khabar angin tersebut tersebar luas, namun Kanye masih lagi belum tampil memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja dedah Kanye West suka tayang gambar bogel Kim Kardashian, tonton video lucah ketika mesyuarat

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat buat tabung dana bantu Kanye West, hanya berjaya kumpul RM24

Untuk rekod, Kanye pernah berkahwin dengan bintang Kardashian iaitu Kim Kardashian pada Mei 2014 dan bercerai pada Februari tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai empat orang anak iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain