suria

Gara-gara main game online bersama, Taeyong NCT dan Park Ju Hyun didakwa sedang bahagia bercinta

Taeyong dan Park Ju Hyun digosipkan sedang bercinta kerana kerap bermain permainan atas talian bersama.

AHLI kumpulan NCT DREAM Taeyong dilaporkan kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Park Ju Hyun.

Memetik laporan Liputan6, gosip cinta dua selebriti Korea ini muncul apabila akaun permainan video milik Taeyong menggunakan nama ID 'Sorang-e'.

Netizen mula membuat spekulasi kerana nama 'Sorang' merupakan watak yang dilakonkan oleh Park Ju Hyun dalam drama korea terbarunya iaitu The Forbidden Marriage.

Park duduk di kawasan khas kepada keluarga sahaja ketika menonton konsert NCT

Lebih membuatkan khabar angin bertiup kencang apabila peminat mendakwa Taeyong dan Park sering bermain permainan dalam talian bersama-sama.

Sementara itu, peminat turut memberitahu Park dilihat hadir menonton konsert NCT dan berada di tempat duduk khas yang dikhususkan kepada keluarga sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat jadual persembahan terlalu padat, Haechan NCT dikejarkan ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Seen Festival bakal himpun artis kpop popular, ada peluang tentang mata secara langsung

Bagaimanapun, pihak pengurusan iaitu SM Entertainment tampil menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan kehadiran Park ke konsert NCT itu adalah perkara biasa bagi seorang rakan datang memberi sokongan.

935 Entertainment selaku pengurus pelakon filem Extracurricular itu suka bermain permainan video atas talian dengan Taeyong.

"Park Ju Hyun dan Taeyong selalu bermain permainan video bersama dan mereka berdua hanyalah kawan rapat yang tidak lebih daripada itu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain