suria

“Guna kesedihan kami untuk duit”… Ibu mangsa tragedi Jeffrey Dahmer tak puas hati Evan Peters menang anugerah

Evan Peter memegang watak sebagai Jeffrey Dahmer yang merupakan seorang pembunuh bersiri.

IBU kepada salah seorang mangsa pembunuhan tragedi Jeffrey Dahmer tidak berpuas hati apabila pelakon Evan Peters yang memegang watak utama dalam filem Dahmer-Monster: The Jeffrey Dahmer Story memenangi anugerah di Golden Globe 2023.

Memetik laporan okeCelebrity, ibu mangsa iaitu Shirley memberitahu Evan sepatutnya memberi penghormatan dengan menyebut nama-nama mangsa.

Kata Shirley lagi, ucapan Evan juga dilihat seolah-olah tidak menghormati keluarga mangsa dan pengarah seperti mahu mengambil kesempatan atas kesedihan orang lain.

"Ramai orang yang sakit mental di seluruh dunia ini akan menjadi obses untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan kerana kemenangan yang diperolehi Evan akan menjadikan diri mereka terkenal.

Evan Peter dianggap tidak menghormati keluarga mangsa

"Sedih sangat ada orang yang sanggup guna kesedihan kami untuk menghasilkan duit.

"Keluarga mangsa tidak pernah mendapat satu sen pun. Setiap hari kami sedih bila teringat kisah ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Elvis Presley, Lisa Marie meninggal dunia akibat serangan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah bengkak siap berbalut, netizen buat spekulasi TikToker Bunda Corla buat pembedahan hidung

Pada malam itu, Evan memenangi anugerah Pelakon Terbaik bagi Siri Khas atau Antologi.

Jeffrey Dahmer merupakan pembunuh bersiri dan penjenayah seks dari Amerika Syarikat yang telah membunuh 17 orang lelaki dan kanak-kanak pada tahun 1978 hingga 1991.

Kisah Dahmer ini kemudiannya diadaptasi mejadi sebuah filem bersiri yang diarah oleh Ryan Murphy dan Ian Brennan yang ditayangkan di Netflix pada 21 September 2022 lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain