suria

Seen Festival bakal himpun artis kpop popular, ada peluang tentang mata secara langsung 

Seen Festival bakal menghimpunkan ramai artis kpop.

DEMAM kpop kembali lagi di Malaysia apabila Seen Festival bakal menghimpunkan nama popular artis Korea Selatan iaitu NCT Dream, WayV, Kard dan Alice untuk bertemu dengan peminat secara langsung pada 28 Januari ini.

Seen Festival bakal diadakan bermula pukul 6 petang di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

NCT Dream yang popular dengan lagu Chewing Gum dan My First and Last berjaya mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai kumpulan termuda mencapai status jutawan menerusi penjualan album pertama mereka iaitu Hot Sauce.

SEEN FESTIVAL bakal temui peminat pada 28 Januari nanti.

Seen Festival bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.

Sementara itu, kumpulan We Are Your Vision atau WayV merupakan kumpulan pertama yang ditubuhkan oleh SM Entertainment erjaya memenangi Anugerah Artis Asia Baharu Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet pada tahun 2019 dan membuat kemunculan semula dengan album mini keempat berjudul Phantom.

Bercakap lanjut mengenai Seen Festival, penganjur memberitahu bahawa kumpulan KARD yang dianggotai oleh BM, J.Seph, Somin dan Jiwoo telah berjaya mencipta fenomena lagu Don't Recall yang bukan sahaja di Asia, malah di negara barat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rai peminat di Malaysia, Blue adakan konsert sempena ulang tahun ke-20 Februari depan

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal cair emosi peminat, Nadin Amizah buat konsert pertama di Malaysia

KARD memulakan kerjaya mereka sebagai penyanyi pada tahun 2016 iaitu dengan single Oh NaNa.

Seterusnya nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan K-Pop ialah kumpulan Alice yang dianggotai oleh tujuh orang gadis iaitu Do-A, Yeonje, Yukyung, Sohee, Karin, EJ dan Chaejeong turut menemui peminat pada festival tersebut.

KARD dan ALICE akan memeriahkan lagi SEEN FESTIVAL

Kumpulan Alice ini terkenal dengan lagu hit seperti Pow Pow, Summer Dream, Jackpot, Power Of Love dan Dance On.

Peminat yang hadir pada Seen Festival bakal ditawarkan dengan Seen Zone supaya peminat dapat bertentang mata secara langsung dengan artis kesayangan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain