suria

Bakal cair emosi peminat, Nadin Amizah buat konsert pertama di Malaysia

Nadin Amizah temui peminat di Malaysia pada Januari ini.

TERKENAL sebagai penyanyi dan penulis lirik yang berjaya mencairkan emosi peminat, Nadin Amizah mengumumkan bakal mengadakan konsert pertama di Malaysia pada Januari ini.

Kata Nadin Amizah, 23, dia sangat teruja untuk mengadakan konsert sulungnya di Malaysia sekali gus tidak sabar untuk bertemu dengan peminat.

“Saya sangat gembira kerana pertama kali saya datang ke Malaysia, saya terus boleh menyanyi bersama peminat-peminat semua.

Nadin Amizah teruja bertemu peminat di Malaysia.

“Saya akan bawakan sebahagian daripada konsep ‘Selamat Ulang Tahun’ tapi istimewanya untuk teman-teman di Malaysia, saya juga akan mempersembahkan lagu-lagu yang lainnya.

“Semoga sesuatu yang kecil mampu menggerakkan hati yang besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kreatif Mydeteksi, Shafika Mazlan berkata persembahan yang bakal dilakukan Nadin Amizah pastinya akan memukau semua penonton dengan setiap kisah di dalam lagunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘Avengers’ Jeremy Renner kritikal akibat kemalangan ketika bersih salji tebal

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini batal konsert sebab tak sihat, doktor nasihat berehat daripada semua aktiviti seni

Katanya, Nadin telah membuktikan perkara itu apabila berjaya mendominasi Billboard Indonesia Music Awards buat pertama kali dengan tiga kategori termasuk Artis Baharu Top of the Year.

“Kami di MYdeteksi bersama TAPAUasia percaya Nadin Amizah mempunyai peminat yang ramai serta sangat menghargai bakat besarnya yang bukan sahaja hebat dalam penciptaan lagu dan nyanyian.

"Dan bagaimana dia membawa peminat masuk ke dalam ‘kisah kisah’ yang ingin disampaikan melalui penceritaan yang dibentuk”, katanya.

Tiket konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya telah mula dijual.

Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya bakal berlangsung pada 21 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur kerjasama dengan TAPAUasia, Sorai dan Tap Project.

Tiket konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya telah mula dijual sejak 22 Disember lalu.

Harga tiket yang ditawarkan bermula RM190 dijual di bawah Rumpang dan Taruh, RM230 (Bertaut), Sorai (RM250) dan Star (RM600) yang akan memberi keistimewaan untuk peminat beramah mesra dengan Nadin sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain