suria

Meerqeen dan Anna Jobling lolos senarai 100 artis kacak, jelita TC Candler 2022

Nama Meerqeen dan Anna semakin popular di mata dunia.

DUA pelakon popular iaitu Meerqeen dan Anna Jobling sekali lagi meraih perhatian peringkat antarabangsa apabila tersenarai sebagai selebriti berwajah kacak dan jelita oleh TC Candler bagi tahun 2022.

Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, menduduki kedudukan ke-55 dalam senarai Lelaki Wajah Kacak 2022.

Manakala Anna, 24, pula di kedudukan 84 bagi kategori Wanita Wajah Cantik 2022.

meerqeen 2

Gandingan Meerqeen dan Anna mula jadi sebutan selepas drama Melur Untuk Firdaus.

Lebih membanggakan adalah hanya mereka berdua sahaja selebriti asal Malaysia berjaya lolos dalam senarai yang dikeluarkan pada 28 Disember tahun lalu.

Meerqeen dan Anna sebelum ini sama-sama mencipta fenomena apabila bergandingan dalam drama Melur Untuk Firdaus.

Nama mereka juga menjadi sebutan di beberapa negara luar seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki tular di negara seberang, Meerqeen muncul drama pertama terbitan produksi Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling terkejut nama paling banyak dicari di Google... Rancang lebar sayap ke Indonesia

Malah populariti drama itu juga membuka ruang buat kedua-duanya mengembangkan kerjaya di Indonesia dan pernah tampil dalam beberapa rancangan bual bicara di sana.

Sementara itu, pelakon Henry Cavill yang cukup dikenali dengan watak Superman menduduk tempat pertama senarai Lelaki Wajah Kacak 2022 TC Candler.

henry 1

Henry dan Lisa turut tersenarai.

Diikuti dengan Hwang Hyunjin (kedua) dan Timothee Chalamet (ketiga).

Bagi senarai wanita pula, model Amerika Syarikat, Jasmine Tooks berada di tempat pertama dan diikuti dua artis Korea Selatan iaitu Nacy serta Lisa.

Antara nama lain yang turut disenaraikan adalah Tom Holland, Shawn Mandes, Gal Gadot dan Lupita Nyong.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain