suria

Anna Jobling terkejut nama paling banyak dicari di Google... Rancang lebar sayap ke Indonesia

Anna berterima kasih atas sokongan peminat.

NAMA pelakon Anna Jobling terus menjadi sebutan netizen selepas drama lakonannya berjudul Melur Untuk Firdaus mendapat sambutan hangat penonton.

Justeru itu, tidak hairanlah jika pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, ini tersenarai sebagai salah seorang personaliti yang paling banyak di cari di Google bagi tahun 2022.

"Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif yang berlaku dalam kerjaya. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya.

anna jobling 3

Gandingan bersama Meerqeen dalam Melur Untuk Firdaus melonjakkan nama Anna.

"Selain itu saya juga mendapat sokongan peminat dari luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

"Jujurnya saya amat terkejut apabila disenaraikan antara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia sepanjang tahun 2022," katanya.

Teruja apabila mengetahui perkara itu, Anna bagaimanapun berkata ia bukanlah alasan untuknya berbangga diri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Jika dengki dengan saya itu masalah dia!” - Anna Jobling kesal rakan artis burukkan nama, siap sindir di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Keterbukaan peminat Indonesia bukan tiket cipta kontroversi, Anna Jobling tetap pegang pesanan ibu bapa

Sebaliknya ia menjadi pembakar semangat untuk dia terus mengatur perjalanan kerjaya seni dengan lebih baik dan dalam masa sama boleh membina nama di peringkat antarabangsa.

"Saya tidak pernah terfikir ramai individu yang membuat carian nama saya. Dengan senarai dikeluarkan, saya rasa lebih merendah diri dan mahu terus memberikan yang terbaik dalam kerjaya.

"Pihak pengurusan telah merangka perjalanan kerjaya dengan baik untuk tahun 2023. InsyaAllah saya juga akan melebarkan sayap ke negara Indonesia," ujarnya.

anna jobling 2

Anna harap tahun 2023 lebih bermakna buatnya.

Dalam senarai tersebut, Yasin Sulaiman juga antara selebriti yang banyak carian rentetan kes mahkamah atas dakwaan memiliki dan mengedar dadah sebelum ini.

Bekas personaliti TV3 Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak Julai lalu turut disenaraikan.

Selain itu nama-nama tokoh politik tempatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga popular dalam carian di Google.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain