suria

Keterbukaan peminat Indonesia bukan tiket cipta kontroversi, Anna Jobling tetap pegang pesanan ibu bapa

Anna bakal kembali ke Indonesia pada Oktober depan bagi mencari peluang lakonan di negara tersebut.

PELAKON Anna Jobling cuba lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduknya sebagai seorang selebriti dikenali agar nama baiknya tidak terjerat dalam kancah kontroversi.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata, pesanan ibu bapanya agar sentiasa menjaga tingkah laku dan menjaga nama baik keluarga sentiasa tersemat di hati.

"Saya memang selalu berhati-hati dan berfikir tentang kesan yang akan berlaku sekiranya saya lakukan sesuatu termasuk reaksi peminat yang sentiasa menyokong karier saya.

"Saya sentiasa pegang kata-kata ibu bapa agar menjaga nama baik keluarga selain bijak menjaga diri tak kira di mana saya berada.

"Mungkin di Indonesia kontroversi itu sudah menjadi lumrah, tetapi berbeza di sini dan saya perlu lebih peka tentangnya," katanya kepada mStar.

Untitled design-6

Anna bakal terbang ke Indonesia untuk memperluaskan pengaruh sebagai pelakon pelakon.

Anna berkata demikian selepas ditanya mengenai reaksinya terhadap beberapa kontroversi melanda aktor Meerqeen ketika berkunjung ke Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Mengulas mengenai kunjungan ke negara Republik itu, Anna berkata, dia tidak menolak sekiranya ada peluang untuk melebarkan sayap ke Indonesia dalam usaha mengukuhkan portfolio seninya sebagai pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling minta cuba sendiri sebelum kecam, Tya Arifin edar 10,000 pek percuma jamu

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan digelar mat salih, Anna Jobling bangga mengaku orang Melaka

Malah kata Anna, sekitar Oktober depan, dia sekali lagi akan terbang ke Jakarta sebagai salah satu usaha mengintai peluang di negara berkenaan.

"Insya Allah jika ada rezeki memang saya hendak melebarkan sayap di Indonesia malah bersedia sekiranya perlu menetap di sana.

Untitled design-4

Barisan pelakon Teater Maduku Paling Kalut yang akan dipersembahkan pada 29,30 September dan 1, 2 Oktober depan.

"Saya akan kembali semula ke sana pada Oktober untuk cari peluang tetapi itu bukan bermaksud saya melupakan negara kelahiran saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Anna bakal muncul dalam sebuah pementasan teater berjudul Maduku Terpaling Kalut pada 29, 30 September, 1 dan 2 Oktober depan.

Anna memberitahu dia teruja dengan penglibatan dalam pementasan teater itu kerana ia berbeza dengan lakonan di dalam drama.

"Sebelum ini saya banyak berlakon drama, jadi teater sesuatu yang baru dan berbeza.

Saya memang selalu berhati-hati dan berfikir tentang kesan yang akan berlaku sekiranya saya lakukan sesuatu.

ANNA JOBLING

PELAKON

"Ini peluang saya untuk mengasah bakat lakonan kerana bukan mudah berlakon di atas pentas teatar. Gementar itu ada tetapi latihan yang sedang dijalankan diharap dapat membantu," katanya.

Maduku Terpaling Kalut bakal dipentaskan di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).

Diarahkan oleh Azhar Zainal, teater berkonsepkan komedi itu turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Syafeq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Joe.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain