suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang ‘Avengers’ Jeremy Renner kritikal akibat kemalangan ketika bersih salji tebal 

Jeremy kritikal selepas pembedahan.

BINTANG Avengers iaitu Jeremy Renner dilaporkan masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan serius disebabkan kemalangan ketika membersihkan salji tebal Isnin lalu.

Ekoran kejadian itu, Jeremy yang popular menerusi watak Hawkeye itu mengalami kecederaan trauma pada bahagian dada selain mengalami patah tulang dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

The Hollywood Reporter melaporkan keluarga kepada pelakon watak Hawkeye itu turut mengucapkan penghargaan buat doktor dan jururawat yang membantu dalam prosedur berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikon televisyen Barbara Walters meninggal dunia, wanita pertama pecah dominasi lelaki dalam bidang penyiaran

"Dia kini berada di bawah jagaan rapi selepas pembedahan.

"Ahli keluarga Jeremy mengucapkan penghargaan buat doktor dan jururawat yang menjaganya. Mereka juga berterima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan," kata wakil keluarga.

Kejadian tersebut berlaku ketika Jeremy sedang bercuti di rumah peranginannya di Reno, Nevada, Amerika Syarikat apabila ribut salji melanda kawasan tersebut.

Ekoran insiden itu, Jeremy diterbangkan ke hospital berdekatan menggunakan helikopter untuk mendapatkan rawatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia