suria

Ramai kata kacak... Lee Seung Gi kejutkan peminat dengan imej kepala botak

Lee Seung Gi tampil dengan imej berkepala botak.

SETELAH lama tidak muncul di televisyen, penampilan terbaharu pelakon Lee Seung Gi mengejutkan peminatnya.

Portal Allkpop melaporkan, Lee Seung Gi tampil dengan imej berkepala botak di majlis 2022 KBS Drama Awards baru-baru ini.

Bagaimanapun pelakon tersebut menyangkal dakwaan yang dia memotong rambutnya kerana konflik dihadapi bersama bekas agensinya, Hook Entertainment.

Penampilan Seung Gi kejutkan peminat.

Kata Lee Seung Gi, dia meminta agar peminat tidak berasa pelik dengan imej tersebut kerana ia sebagai menjayakan watak dalam sebuah filem yang sedang menjalani penggambaran.

"Ramai sangka saya potong rambut disebabkan isu peribadi tetapi bukan. Saya sedang menjalani penggambaran untuk filem Big Family dan memainkan watak sami.

"Saya harap tiada yang salah faham. Ramai yang melihat saya dengan pandangan sedih, tolong jangan begitu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas terima RM18 juta, Lee Seung Gi dakwa syarikat pengurusan pecah amanah

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Seung Gi menang tuntutan RM18 juta daripada syarikat pengurusan, mahu derma buat golongan memerlukan

Sebelum ini, Lee Seung Gi telah memfailkan saman terhadap Hook Entertaiment selepas didakwa menipu pelakon berkenaan dalam keuntungan dalam kariernya selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, pelakon tersebut telah mendermakan sebahagian besar daripada bayaran yang diterima selepas memenangi kes tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI