suria

Scammer rancak tipu orang ramai, Baim Wong lapor polis sindiket guna namanya

Baim ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan namanya.

SELEPAS tiga tahun mendiamkan diri, pelakon Baim Wong akhirnya membuat laporan polis terhadap individu tidak bertanggungjawab menggunakan namanya bagi tujuan penipuan.

Baim turut meminta orang ramai yang terpedaya dengan individu berkenaan untuk tampil menunjukkan bahan bukti bagi memudahkan siasatan pihak berkuasa.

"Sudah tiga tahun... sekarang awal 2023 ada beberapa rakan yang beritahu hal ini, penipuan masih berterusan.

"Kepada sesiapa yang sudah tertipu tolong DM (direct message) saya berserta bukti-bukti. Saya akan bantu buat laporan polis.

baim wong 2

Antara penipuan yang menggunakan nama Baim.

"Kita sama-sama cuba tangkap mereka dan semoga wang anda dapat dikembalikan," katanya.

Baim menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta paparan sindiket yang menggunakan namanya bagi tujuan mempromosikan pemberian hadiah kepada pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong terkejut rumah jadi sarang ular... berjaya tangkap empat ekor!

Bagaimanapun taktik tersebut sebenarnya adalah scammer yang mengambil duit orang ramai secara tipu helah di atas talian.

Tambah Baim, dia sebelum ini juga sudah beberapa kali mengingatkan orang ramai tentang hal tersebut namun masih ada yang terpedaya.

"Sudah banyak kali saya ingatkan jangan percaya, tetapi masih ada yang tertipu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain