suria

Tukar gambar profil Facebook selepas lapan tahun, Big Bang bakal buat comeback ?

Penukaran gambar profil Facebook Big Bang memberi bayangan mereka bersedia menawan kembali industri hiburan kpop.

PENUKARAN gambar profil Facebook kumpulan kpop popular, Big Bang telah menyebabkan peminat kumpulan itu membuat spekulasi bahawa mereka akan kembali membuat kemunculan semula dalam masa terdekat.

Ini merupakan kali pertama gambar profil Facebook kumpulan itu ditukar baharu selepas lapan tahun menggunakan imej yang sama sebelum ini.

Dalam foto terbaharu itu, penggendali akaun media sosial Big Bang menggunakan gambar yang memaparkan wajah kelima-lima ahli kumpulan tersebut iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung serta Seungri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Gambar itu merupakan poster konsert jelajah Big Bang pada tahun 2015. Peminat merasakan penukaran gambar profil itu seolah-olah memberikan bayangan mereka bakal menggegarkan semula industri hiburan kpop.

Seungri sebelum ini mengumumkan dirinya bersara dari industri hiburan selepas terpalit skandal rasuah, penggunaan bahan terlarang dan juga sindiket pelacuran pada Mac 2019.

Big Bang yang popular dengan lagu Fantastic Baby dan Love Song ditubuhkan pada tahun 2006. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain