suria

Impian peminat jadi kenyataan! Akhirnya Taeyang dan Jimin umum kolaborasi baharu

Taeyang dan Jimin bakal muncul dengan single baharu.

AHLI kumpulan Big Bang, Taeyang dan Jimin BTS bakal bekerjasama menerusi sebuah single digital terbaharu berjudul Vibe.

Perkara itu disahkan oleh syarikat pengurusan Taeyang, THEBLACKLABEL yang turut memuat naik teaser mengumumkan bahawa single baharu itu akan dilancarkan pada 13 Januari depan.

Kolaborasi yang dinantikan peminat (dari kiri Jimin, Taeyang).

Dalam pada itu, kolaborasi dua penyanyi hebat ini disambut baik oleh Army dan VIP selaku kelab peminat kumpulan BTS dan Big Bang.

Rata-rata mereka teruja dengan khabar baik ini dan mengakui sudah tidak sabar untuk mendengar lagu kolaborasi Taeyang dan Jimin.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu peminat terhadap Jin BTS terubat, foto berpakaian tentera tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: Tukar gambar profil Facebook selepas lapan tahun, Big Bang bakal buat comeback?

"OMG Yes, saya sudah tidak sabar!

"Taeyang dan Jimin, suara sama-sama bagus. Mantap.

"Saya sangat berharap agar mereka menari dalam muzik video lagu baharu ini nanti," tulis netizen.

jimin2 - 1

Single baharu, Vibe bakal dilancarkan 13 Januari depan.

Terdahulu, kolaborasi antara Jimin dan Taeyang sudah dapat dihidu peminat sejak Disember lalu, namun syarikat pengurusan YG Entertainment yang masih dinaungi oleh Taeyang ketika itu menafikan dakwaan berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain