KEMELUT rumah tangga penyanyi Azmirul Hafiz dan isteri dikenali sebagai Liza akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik dan menemui jalan damai.Menurut Liza, 39, dia membuat keputusan untuk kembali kepada suami dan tidak meneruskan proses perceraian yang telah dirancang. "Ya kami tidak jadi untuk bercerai. Saya tidak teruskan proses pemfailan cerai tempoh hari. Azmirul (kiri) berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukannya. "Saya harap semua dapat doakan yang baik-baik untuk kami," katanya ketika dihubungi mStar. Ditanya punca dia memaafkan suami dan memilih jalan damai, Liza berkata dia mendapat petunjuk itu selepas melakukan solat istikharah.Malah, Azmirul juga ikhlas berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan.ARTIKEL BERKAITAN: Azmirul Hafiz sengaja rancang curang, mahu sakitkan hati isteri… “Saya nak tahu sama ada dia masih sayang atau tidak”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Azmirul Hafiz fail cerai, nafi empat hari keluar rumah... “Alasan nak sakitkan hati hanya lepaskan tengkuk sendiri saja”"Entahlah saya pun tak tahu nak cakap macam mana, mungkin sebab saya buat solat istikharah... Tuhan dah beri petunjuk. "Saya harap sangat selepas ini dia (suami) tidak akan buat lagi (curang). Mungkin ini peluang terakhir yang saya berikan. "Dia kata takkan sia-siakan peluang yang ada ini. Saya tengok dia ikhlas sebab sampai menangis jadi saya pandang muka anak dan disebabkan itu saya buat keputusan ini," ujarnya. Saya harap sangat selepas ini dia (suami) tidak akan buat lagi (curang).LIZAISTERI AZMIRUL HAFIZPada 24 Mac lalu, Liza hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Rembau, Negeri Sembilan bagi memfailkan penceraian terhadap suami. Proses penceraian itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan kerana masih dalam tempoh cuti perayaan. Untuk rekod, Liza mendirikan rumah tangga dengan Azmirul pada 2021.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan isteri Azmirul mengamuk selepas mendapati suaminya itu berlaku curang bersama wanita lain.Kisah curang Azmirul (kiri) sebelum ini tular di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik, isteri penyanyi itu dipercayai merakam kejadian tersebut ketika berada di sebuah tapak jualan uptown.Dalam rakaman berkenaan, Azmirul dilihat sedang memilih kasut, manakala wanita yang bersamanya hanya duduk menunggu.Bagaimanapun, Azmirul memaklumkan kepada mStar bahawa tindakan tersebut sebenarnya dirancang bagi menguji perasaan isterinya sahaja.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube