suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah sah bercerai, Linda Hashim kini rancang jadi mutawif

Linda sudah sedia dengan pelbagai rancangan hidup.

SELEPAS bergelar ibu tunggal, pelakon Linda Hashim enggan terus berdiam diri sebaliknya sudah bersedia dengan pelbagai perancangan untuk memastikan masa depan dia dan anak-anak terjamin.

Linda atau nama sebenarnya Norhaliza Hashim, 42, berkata dia merancang untuk menceburi bidang baharu iaitu pengurusan umrah dan bakal mengikuti krusus tersebut dalam masa terdekat.

"Selepas ini perancangan saya untuk ambil kursus menjadi mutawif. Harapnya hujung tahun ini atau awal tahun hadapan saya sudah boleh bawa jemaah untuk umrah," katanya kepada mStar.

Linda (tengah) bersama peguam yang mewakilinya iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin (kiri).

Pun begitu, Linda memberitahu bidang lakonan masih lagi menjadi keutamaan dirinya namun dia perlu mencari duit lebih demi kelangsungan hidup.

"Tapi bidang lakonan saya tak tinggalkan, saya buat dua-dua. Cuma bila sudah jadi ibu tunggal ini sudah tentu kena cari rezeki lebih, orang kata kena tamak sikit," kongsinya.

Tidak hanya itu, Linda berkata dia juga merancang untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan perceraian terutama menuntut hak penjagaan dan nafkah tiga anaknya.

Katanya dia mahu menyelesaikan segala tuntutan dengan kadar segera agar tiada isu berbangkit sehingga memberi kesan kepada anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda, Beego sah cerai talak tiga - “Sebelum ni ego dia sangat tinggi, dia tak nak lepas“

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau bersama semula pun, keadaan akan jadi lebih teruk” - Linda Hashim sudah tawar hati dengan Beego

"Saya pun akan berbincang dengan peguam saya untuk selesaikan mana yang perlu selepas ini. Saya tak nak hal-hal ini tertangguh sebab masing-masing sudah bawa haluan masing-masing. Tak nak turun naik mahkamah lagi.

"Saya pun tak nak bila anak-anak sudah besar nanti mereka pula persoalkan kenapa hanya tuntut hak saya tapi tidak hak mereka. Hak penjagaan anak-anak pun penting untuk kegunaan sekolah," ujarnya.

Pada Khamis, Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, sah bercerai talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Linda bersama tiga orang anaknya.

Ia ekoran sejak Januari tahun lalu, Linda bertindak memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman. 

Sebelum itu, mereka juga pernah bercerai pada 27 Mac 2023 namun kembali rujuk pada 9 April 2023. 

Malah Linda mendakwa mereka pernah bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu. 

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 201 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain