suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 tahun menyanyi bukan alasan Ezad Lazim belajar budaya muzik digital, kagum artis muda urus dan cipta lagu sendiri

Ezad terbuka mengambil inspirasi daripada artis muda.

PENGALAMAN lebih tiga dekad bergelar penyanyi bukan alasan buat penyanyi Ezad Lazim untuk berhenti belajar daripada generasi baharu.

Ezad atau atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 47, mengakui dia tidak kisah menjadikan penyanyi muda seperti Aina Abdul dan Aisha Retno sebagai rujukan kerana mereka mempunyai pengetahuan dan pendekatan berbeza dalam menghasilkan karya.

“Saya lihat artis-artis baharu sekarang ini mungkin dari segi ilmu pengetahuan, mereka lebih ke depan, terutama apabila dunia digital semakin berubah.

“Saya rasa artis-artis baharu ini seperti Aisha Retno dan Aina Abdul juga lebih pakar dalam menghasilkan lagu. Kalau kita perasan, syarikat rakaman sekarang pula yang perlu mencari artis yang sudah ada nama.

Ezad mengakui peredaran dunia muzik sudah berubah.

Ezad mengakui peredaran dunia muzik sudah berubah.

“Tidak lagi seperti dulu, apabila artis yang mencari syarikat rakaman. Jadi, saya nampak budaya itu memang sudah berubah,” katanya kepada mStar. 

Ezad berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single ‘Rasa Cinta’ di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Dalam pada itu, Ezad memberitahu bergelar artis lama tidak menghalang dirinya belajar daripada penyanyi generasi baharu.

Malah, dia mengakui perkembangan artis indie turut memberikan inspirasi dalam aspek pengurusan kerjaya dan menghasilkan karya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezad Lazim tak sihat tapi tetap semangat, peminat bertuah bawa pulang gitar di konsert ‘Exists Premium’

ARTIKEL BERKAITAN: Exists dah level pakcik tapi jiwa sama Gen Z, bakal anjur ‘Konsert Memento Mori 2.0’ himpun semua generasi

“Pengalaman kami sebagai artis lama juga tetap membantu tetapi saya banyak belajar daripada cara artis-artis baharu bergerak sekarang,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam industri muzik, Ezad berkata dia pernah berdepan situasi apabila hak cipta karya dipegang syarikat rakaman sehingga menyukarkan artis untuk menggunakan lagu sendiri.

“Saya sendiri sudah berapa banyak kali bernaung di bawah syarikat rakaman. Royalti perlu dibahagikan dan hak cipta pula dipegang oleh mereka (syarikat).

Ezad lancar single baharu berjudul Rasa Cinta.

Ezad lancar single baharu berjudul Rasa Cinta.

“Sampai satu tahap, nak menyanyikan lagu sendiri pun kita kena minta kebenaran daripada mereka kerana hak cipta berada di tangan syarikat.

“Disebabkan itu, saya fikir artis-artis baharu sekarang ini lebih mampu ‘pegang’ semuanya sendiri, termasuk mencipta lagu dan menguruskan karya mereka. Perkara itu banyak memberi inspirasi kepada saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ezad melancarkan single terbaharu berjudul Rasa Cinta yang juga merupakan projek sulung menerusi syarikat rakamannya sendiri, EZ Record.

Menerusi projek berkenaan, Ezad bertindak sebagai produser, komposer selain menerajui penerbitan muzik dan muzik video.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain