SUSULAN kejayaan Konsert Memento Mori pada 1 Ogos lalu, penyanyi dan komposer Ajai teruja melihat karya kumpulan Exists kembali mendapat perhatian dalam kalangan pendengar generasi Z (Gen Z).Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, berkata, selain lagu popular Exists, generasi baharu turut mula mengenali karya-karya lain yang mempunyai susunan muzik lebih eksperimental seperti lagu Konklusi. Katanya, minat itu dapat dilihat menerusi perbualan pengguna Gen Z di Threads yang mula mencari dan membincangkan lagu berkenaan selepas menonton persembahan Exists.“Selain daripada lagu-lagu popular Exists, lagu yang Gen Z dengar seperti Konklusi itu sebenarnya sudah banyak corak dan susunan sebegitu ada dalam setiap album Exists.Ajai (kiri) mengakui Exists diterima peminat baharu dalam golongan Gen Z.“Daripada situlah Gen Z mula study tentang Exists, saya sendiri tengok komen di Threads mereka tanya tentang lagu Konklusi. “Mereka tak sangka itu sebenarnya lagu Exists, terus teringat persembahan di Rock The World pada 2021. Jadi mereka terus dengar lagu-lagu kami yang lain. Sebenarnya pendengar Gen Z ini lebih ke arah muzik Exists,” katanya kepada mStar.Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Memento Mori 2.0 yang diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Jumaat. Dalam pada itu, Ajai menyifatkan perbezaan usia antara anggota Exists dan peminat baharu bukan penghalang untuk mereka terus berkongsi minat terhadap muzik.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nampak konsep dan identiti setakat satu single“ - Ajai galak artis buat albumARTIKEL BERKAITAN: Ajai lega Mamat lebih bersemangat sejak pemulihan“Dah memang betullah kami memang pakcik tapi jiwa kita sama rata,” ujarnya. Sementara itu, gitaris Exists iaitu Musa, berkata kehadiran peminat baharu dalam kalangan Gen Z memberi harapan agar muzik kumpulan itu terus diwarisi generasi akan datang.Menurutnya, tidak mustahil golongan tersebut suatu hari nanti menjadi pemuzik atau bintang yang menjadikan karya Exists sebagai sumber inspirasi.“Walaupun mereka peminat baharu, tetapi mereka jugalah yang akan membesar ikut dengan lagu-lagu kami. Dari kiri: Musa, Along, Ezad, Mamat, Ujang, Shah dan Ajai di sidang media Konsert Memento Mori 2.0.“Tak mustahil juga mereka akan jadi bintang yang mengambil inspirasi daripada muzik Exists. “Dulu kami pun menjadikan band-band terdahulu sebagai sumber inspirasi. Jadi bagi kami, yang lama sentiasa memberi inspirasi kepada generasi baharu dan generasi ini pula akan menjadi lebih besar,” katanya.Dalam perkembangan lain, Exists bakal menjayakan Konsert Memento Mori 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 8 November depan di Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Exists Memento Mori 2.0 dianjurkan bukan sekadar kerana sambutan hangat yang diterima, sebaliknya penganjur Icon Entertainment bersama tujuh anggota Exists iaitu Ajai, Ujang, Along, Mamat, Shah, Musa dan Ezad berkongsi perjalanan selama 35 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube