PENYANYI asal Indonesia, Fajar Noor menegaskan tindakannya melakukan pembedahan membuang tahi lalat pada bahagian hidung bukan kerana mahu menjaga penampilan. Sebaliknya, Fajar atau Fajar Nurdiansyah, 22, berkata pembedahan tersebut dibuat selepas mendapatkan nasihat doktor atas faktor kesihatan. “Bukan untuk jaga penampilan tetapi untuk kesihatan. Fajar akui lebih suka melihat dirinya tanpa tahi lalat di hidung. “Saya lakukan pembedahan itu sebab menurut doktor ia sudah menjadi tumor dan membesar di bahagian dalam hidung. “Memang harus lakukan pembedahan. Jika tidak dalam tempoh lima tahun mungkin akan jadi lebih teruk,” katanya kepada mStar. Fajar ditemui ketika dia datang ke Malaysia sempena Sementara, Selamanya Showcase yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Fajar Noor teruja nak datang promosi di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza puji Fajar Noor, jadi pilihan antara artis Indonesia digemariSedar penampilan terbaharunya menjadi bualan, penyanyi ini juga enggan terlalu ambil pusing apabila ada yang tersalah anggap mengenai tindakannya itu. “Biarlah apa orang nak kata, mungkin mereka tidak tahu alasannya. Saya juga tidak pernah menjelaskan perkara tersebut sebelum ini. “Apa yang paling penting saya buang tahi lalat adalah untuk kesihatan,” ujarnya. Fajar menghiburkan peminat Malaysia dalam sebuah persembahan istimewa. Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan kerjaya, Fajar meluahkan rasa syukur apabila karya-karyanya dalam album terbaharu berjudul Sementara Selamanya diterima baik peminat Malaysia. “Sebelum ini saya datang ke Malaysia dengan hanya dua lagu sahaja. Sekarang sudah ada album. “Memang tak sangka mendapat sambutan baik di sini. Saya sangat terharu,” luahnya. Pada malam berkenaan, Fajar menghiburkan kira-kira 500 peminat dengan lima buah lagu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube