KUMPULAN Alpha menafikan desas-desus yang mendakwa mereka bakal berpecah atau ada dalam kalangan ahli merancang untuk membawa haluan masing-masing selepas setahun membina kerjaya seni.Menyifatkan spekulasi yang tular di aplikasi Threads itu sebagai khabar angin tidak berasas, Alpha menegaskan hubungan sesama tujuh ahli kumpulan dalam keadaan baik. Malah, mereka komited dengan jadual latihan dan persiapan konsert sulung mereka. Menurut ahli kumpulan tersebut, Ariel Fesol, spekulasi tersebut disifatkan sebagai perkara lumrah memandangkan nama mereka kini semakin menjadi tumpuan ramai. “Saya rasa ia normal sebab kita sedang berada di dalam perhatian dan orang sedang melihat. Bila orang melihat, pasti ada pelbagai spekulasi terutamanya daripada mereka yang tidak mengenali kita secara peribadi.Ariel menjelaskan mereka semua dalam keadaan baik. “Tetapi sepanjang setahun lebih bersama Alpha, bukanlah kita cakap tak pernah ada masalah, cuma untuk meninggalkan Alpha saya rasa tak ada seorang pun yang mahu berbuat demikian.“Kenderaan kami berjalan menggunakan tujuh orang pemandu. Jadi kalau kurang daripada satu pemandu, ia akan membataskan sedikit perjalanan kami,” katanya kepada mStar ketika Majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik ke 25 (AIM25) pada Rabu.Dalam pada itu, Araff juga mengakui terkejut apabila terdapat dakwaan yang mengatakan dia mahu berehat daripada kumpulan tersebut memandangkan mahu melanjutkan pelajaran. “Untuk menjawab persoalan itu, saya rasa tidaklah benda itu mungkin hanya propaganda kerana saya sendiri tidak tahu dan tidak membaca mengenainya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ariel Fesol sangkal dakwaan konflik dalaman kumpulan AlphaARTIKEL BERKAITAN: Daniel Sher jelaskan ketua Alpha bukan setakat rebut bercakap, banyak lagi peranan lain“Setakat ini hubungan saya dengan ahli Alpha yang lain Alhamdulillah masih sangat baik. Peminat di luar sana jangan risau dan jangan mudah percaya dengan khabar angin. Alhamdulillah saya masih di sini,” jelasnya.Sementara itu, Daniel Syer pula menegaskan fokus utama mereka ketika ini adalah untuk memberikan yang terbaik buat konsert pertama dan tidak pernah terlintas untuk membubarkan kumpulan.“Respon saya adalah, kami akan teruskan konsert kami. Kami bertujuh datang daripada latar belakang berbeza dan kami bekerja keras untuk ini.“Kami sentiasa teruja setiap kali ada latihan atau tawaran kerja bersama, jadi hal berpecah ini tidak pernah ada dalam fikiran kami,” ujarnya. Alpha mahu kembangkan lagi kerjaya seni mereka. Sebelum ini, timbul desas desus yang mengatakan kumpulan Alpha bakal berpecah memadangkan ada ahlinya mahu membuat haluan sendiri. Dalam perkembangan lain, Alpha turut menzahirkan rasa syukur dan tidak menyangka apabila percubaan pertama mereka berjaya membuahkan hasil menerusi empat pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).“Kami semua asalnya datang daripada latar belakang sebagai penyanyi solo dan dulu hanya mampu tengok sahaja anugerah AIM. Kami tak pernah bermimpi nak tercalon, tetapi kali ini sebagai pendatang baharu kami diberikan empat pencalonan.“Hari AIM berlangsung sama dengan hari konsert pertama kami. Jadi kami akan curahkan tenaga kami sepenuhnya nanti,” kata Ariel.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube