suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selesa berbaju Melayu sebagai pakaian harian, Naim Daniel mahu martabatkan budaya - “Ada yang tak tahu apa itu tanjak”

PENYANYI dan pelakon Naim Daniel tidak berasa kekok atau malu apabila menjadikan baju Melayu sebagai pakaian harian termasuk ketika menghadiri sebarang program hiburan sejak setahun lalu.

Naim atau Naim Daniel Baharin, 27, berkata, selain selesa dia mahu mempertahankan pakaian tradisional itu memandangkan semakin ramai anak muda melupakan adat dan budaya orang Melayu.

"Saya sebenarnya selesa sebab rasa macam mewakili anak muda. Sedih juga tengok segelintir generasi baru tak tahu pun apa itu tanjak.

"Saya bukan nak jadi pahlawan atau terpaling Melayu, tidak. Tapi kadang-kadang ada benda yang kita boleh suntikkan (untuk generasi muda) kita buatlah," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi