suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kurang ‘job’ lakonan, Zain Saidin aktif main TikTok... “Mulanya Zaquan Adha ajak lawan PK”

PELAKON Zain Saidin mengakui kurang menerima tawaran lakonan dan mengambil inisiatif lain bagi menjana pendapatan keluarga.

Selain sibuk menguruskan perniagaan bersama isteri tercinta iaitu Rozita Che Wan, Zain atau Mohamad Zain Mohd Saidin, 39, berkata dia juga aktif bergelar TikToker.

“TikTok ini sebelum ini saya tidak pernah main perlawanan secara langsung (lebih dikenali PK) sebenarnya. Tapi Zaquan Adha sebenarnya yang ajak.

“Dari situ saya sangkut dan ketagih main PK ini. Tapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana ia merupakan permainan yang sangat menyeronokkan,” katanya ketika ditemui mStar.

Tambah Zain, melalui PK tersebut, ia serba sedikit mampu menjana pendapatan dan dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.

“Sikit sebanyak boleh la nak bayar sini sana dan sebagainya dan kita boleh kongsi rezeki kepada orang lain,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi