suria

Setahun Faizal Ismail belajar ilmu agama, bukan senang nak dapat tauliah mengajar

PENYAMPAI radio Faizal Ismail bersyukur kerana sudah memiliki tauliah mengajar membolehkan dia menyampaikan ceramah dan motivasi kepada masyarakat.

Faizal mengakui bukan mudah untuk mendapatkan pengiktirafan itu namun tekad meneruskan niat kerana apa dilakukan itu demi kebaikan ke jalan Allah.

“Masa saya disuruh ambil (tauliah) belum ada isu, tapi selepas saya ambil meletup pula isu ini dan bersyukur sebab saya selamat daripada terpalit kontroversi berkenaan.

“Susah dan bukan senang untuk dapatkan pengiktirafan itu sebab perlu ulang kembali asas fardu ain dan mendalami ilmu hampir setahun di pondok,” kata Faizal kepada mStar.

Dalam pada itu, Faizal turut menyarankan pendakwah bebas supaya mengambil sijil tauliah itu supaya memudahkan mereka untuk berdakwah dan menyampaikan ceramah.

“Penceramah ini walaupun dia popular ramai pengikut dan bawa ajaran ilmu yang betul namun untuk berlaku adil kepada semua dapatkan tauliah ini kerana bukanlah satu perkara yang sukar untuk mereka yang berilmu ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi