suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banyak terima mesej lucah, siap ada berani hantar gambar alat sulit... Elly Ariffin tak teragak-agak buat laporan polis

PELAKON dan pengacara Elly Ariffin bengang apabila sering menjadi mangsa gangguan seksual apabila menerima banyak mesej berbaur lucah di media sosial miliknya.

Elly atau Nurul Elyana Kamarul Arifin, 35, berkata, tidak hanya menghantar mesej tetapi ada di antara mereka yang berani menghantar gambar alat sulit selain mengajaknya melakukan perbuatan keji.

"Banyak komen lucah saya terima setiap kali saya upload gambar walaupun foto itu biasa-biasa sahaja.

"Malah ada yang berani hantar gambar alat sulit sehingga ada meluahkan imaginasi melakukan hubungan terlarang dengan saya.

"Takut sebenarnya dan ada terfikir nak buat laporan tapi selagi tak memudaratkan, saya boleh toleransi lagi sebab banyak perkara lain saya nak fikir berbanding isu ini," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi