suria

Syada sudah bertemu Shila Amzah, terubat rindu tiada lagi kemelut adik-beradik

PENYANYI Syada Amzah sebelum ini membuat satu hantaran di Instagram meluahkan rasa rindu terhadap adik-beradiknya termasuk kakak iaitu Shila Amzah.

Mengulas mengenai perkongsiannya itu, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, 26, berkata dia sudah pun berjumpa dengan Shila bagi menyelesaikan konflik keluarga yang berlaku antara mereka.

“Dalam adik beradik, mestilah ada perasaan rindu dan sudah lepaskan rindu. Saya sudah jumpa dia (Amir Syahir) dan juga adik-beradik lain. Itu sekadar luahan, tiada apa pun.

“Saya sudah jumpa (Shila). Mestilah saya sudah jumpa (Shila), kami adik-beradik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syada juga berharap orang ramai dapat mendoakan supaya hubungannya mereka sentiasa terjaga dan dalam keadaan yang baik.

“Insya-Allah, doakan yang baik-baik supaya tiada pihak lain yang melagakan apa ke? Kami adik-beradik sudah kenal satu sama lain,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi