suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hidup sekarang semakin keras”... Harris Alif pulun kerja demi isteri dan anak, bahagi masa untuk keluarga

PELAKON Harris Alif mengakui berkahwin pada usia muda bukan perkara mudah buatnya memandangkan dia perlu memikul tanggungjawab besar sebagai suami.

Lebih-lebih lagi melihat keadaan ekonomi yang tidak menentukan membuatkan Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashid, 25, bekerja keras demi memberikan kehidupan selesa buat keluarga.

“Kehidupan sekarang ini makin keras sebab bila sudah ada seorang anak dan tanggungjawab dengan isteri pula disamping anak kedua yang bakal lahir tak lama lagi jadi saya perlu lakukan sesuatu untuk tambah pendapatan.

“Walaupun tak dalam dunia seni tapi saya ada kerja lain macam uruskan perniagaan dan dalam masa sama aktif di TikTok juga, bila dah mula kenal dunia TikTok ni baru tahu boleh jana pendapatan juga.

“Bila saya buat live tu dan menyanyi mereka akan berikan ‘gift’, daripada situ boleh juga dapat duit lebih, memang keras ekonomi sekarang ini bukan saya saja tapi semua orang yang laluinya jadi perlu bertindak cepat supaya tidak jauh ketinggalan nanti,” kata Harris kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi