suria

Nazim Othman rancang bersara, harap dapat berlakon filem sebelum tinggalkan karier seni

Nazim umum bakal tamatkan kerjaya seni.

PELAKON Nazim Othman sudah mula berfikir untuk meletakkan tanda noktah dalam karier seni dan beralih kepada bidang lain.

Enggan mendedahkan punca dia mahu membuat keputusan tersebut, Nazim atau Nushrul Alif Othman, 40, turut memberitahu dia tidak akan berkongsi kepada umum apabila tibanya waktu berbuat demikian.

“Terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Bukan berkaitan dengan industri puncanya tapi lebih kepada peribadi.

nazim 2

Nazim ada alasan sendiri mahu berhenti berlakon.

“Bila (waktu bersara) itu pun saya tak boleh kongsi. Tunggu sahaja," katanya kepada mStar.

Nazim berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Ramadan Raya TV3 yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Menurut pelakon ini juga dia sudah menyuarakan hasrat tersebut kepada rakan-rakan terdekat serta beberapa orang pengarah terkenal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tempah 40 pasang sut demi watak dalam drama, Nazim Othman tak kedekut keluar bajet sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nazim Othman anggap Janna Nick sebagai sahabat, harap keajaiban bertemu jodoh lagi

Malah sebagai perancangan masa hadapan, Nazim telah menyusun secara terperinci apa yang bakal dilakukan kelak.

"Orang-orang terdekat tahu perancangan saya ini. Saya juga pernah bercakap dengan beberapa orang pengarah dan menyuarakan hasrat agar dapat berlakon filem sebelum bersara.

"Sepanjang 15 tahun menjadi anak seni, saya tidak pernah berlakon filem. Semoga impian itu akan tercapai sebelum saya bersara.

Saya ada exit plan sendiri apa yang hendak dibuat selepas ini

NAZIM OTHMAN

PELAKON

"Tentang perancangan masa depan, semua saya sudah sediakan. Saya ada exit plan sendiri apa yang hendak dibuat selepas ini. Apa sahaja yang hendak dilakukan saya perlu fikir secara terperinci," ujarnya.

Bercakap tentang perkembangan kerjaya, Nazim bakal tampil dalam drama berjudul Wanita Syurga yang bakal bersiaran bermula 15 Mac ini untuk slot Akasia di TV3.

Dalam drama kali ini, dia membawa watak seorang peguam syarie dan ia bukan karakter antagonis yang sering dimainkan.

nazim 3

Nazim bakal tampil dalam drama Wanita Syurga.

"Tahun lepas saya banyak terlibat dengan projek yang membawa watak 'hitam'. Sebagai manusia biasa saya juga penat dengan watak antagonis kerana ia bermain banyak emosi dan ganggu peribadi,” ujarnya.

Drama ini turut menampilkan pelakon lain seperti Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana dan Marissa Yasmin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain