BIDUANITA negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih untuk terus bersaing dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) dan tidak bercadang menarik diri daripada pentas berprestij itu seperti yang dilakukannya terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Bintang Popular (ABP).Menurut Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin 47, keputusan untuk terus menyertai AIM dibuat kerana dia tidak mahu mementingkan diri sendiri, apatah lagi anugerah berkenaan turut menjadi platform bagi menghargai karya penggiat muzik lain.Siti tak pernah terfikir undur diri daripada AIM. “Mungkin anugerah lain saya bersedia untuk tarik diri macam AJL dan ABP.“Tapi anugerah AIM saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri sebab ada orang lain yang perlu saya hargai.“Ini adalah pentas terbaik untuk mereka, jadi tiada alasan untuk saya tarik diri,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Mimifly ‘sapu‘ 5 trofi AIM25, Vokal Wanita dan Lagu Terbaik milik Siti NurhalizaARTIKEL BERKAITAN: Kos RM4 juta, penganjuran luar KL punca belanja AIM25 meningkatSiti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media AIM25 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada malam Sabtu.Berkongsi mengenai pembikinan album pula, Siti berkata pentas AIM membuatkan seseorang pengkarya perlu sentiasa berani mencuba formula baharu selain meneroka ruang muzik yang lebih luas.Katanya, pendekatan tersebut juga menjadi antara sebab dia mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan pencipta lagu dan pemuzik daripada generasi muda termasuk golongan Gen Z. Kolaborasi saya dengan Gen Z itu sebenarnya beri saya banyak ilmu.DATUK SERI SITI NURHALIZAPENYANYI“Bagi saya pentas AIM ini, bila buat album kena cari formula baharu dan kena explore.“Saya rasa kita kena bijak mengikut arus perdana. Macam saya buat album sekarang, saya nak beri peluang kepada anak-anak muda.“Kolaborasi saya dengan Gen Z itu sebenarnya beri saya banyak ilmu dan beri variasi pada setiap album saya,” ujarnya.Siti cukup berpuas hati dengan kemenangan yang diraih.Menurut Siti, kerjasama dengan bakat muda bukan sahaja memberikan kelainan dalam penghasilan sesebuah album, malah membuka ruang kepada mereka untuk menampilkan karya di pentas berprestij seperti AIM.“Kalau tidak, anda tak dapat tengok pencipta muda di atas pentas AIM25 sebentar tadi (semalam),” katanya.Untuk rekod, Siti mencipta kejayaan pada AIM25 apabila membawa pulang empat trofi menerusi kategori Vokal Wanita Terbaik bagi lagu Kesuma, Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa menerusi Cenderamaya, Lagu Tradisional Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi Pesanan Buat Diri.