PENYANYI Mimifly mencipta kejayaan terbesar di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) apabila membawa pulang lima trofi menerusi kategori utama dan pra-anugerah yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada malam Sabtu.Mimifly mencatat kemenangan menerusi kategori Video Muzik Terbaik dan Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik bagi lagu Temberang. Penyanyi itu turut meraih Lagu Perayaan Terbaik dan Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok menerusi Serumpun, selain Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu bagi Nara.Mimi bolot lima trofi di AIM25.Tidak kurang hebatnya, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mencipta kejayaan apabila membawa pulang empat trofi pada malam berkenaan.Siti memenangi Vokal Wanita Terbaik menerusi Kesuma, selain Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa menerusi Cenderamaya.Beliau turut meraih Lagu Tradisional Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi Pesanan Buat Diri.Sementara itu, penyanyi Aisha Retno turut menyerlah apabila membawa pulang tiga trofi termasuk Album Terbaik menerusi RE.HAB.ARTIKEL BERKAITAN: Kos RM4 juta, penganjuran luar KL punca belanja AIM25 meningkatARTIKEL BERKAITAN: AIM25 cipta sejarah julung kali dianjurkan di SarawakAlbum berkenaan turut memenangi kategori Rakaman Album Terbaik, manakala Aisha turut dinobatkan sebagai pemenang Lagu Tempatan Bahasa Inggeris Terbaik menerusi O.R.B.I.T.Bagi kategori Artis Baru Terbaik, kemenangan menjadi milik kumpulan Alpha menerusi Monalisa.Alpha turut mencipta satu lagi kejayaan apabila lagu P Ramlee Saloma dinobatkan sebagai Lagu Pop Terbaik.Kategori Vokal Lelaki Terbaik pula menjadi milik Arddley Nicholas menerusi Sandiwara Cinta.Siti berpuas hati membawa pulang empat trofi.Bagi kategori Vokal Kumpulan Terbaik, Inteam membawa pulang trofi menerusi Satukan Kami Di Syurga.Sementara itu, kategori Kugiran Terbaik menyaksikan kemenangan bersama antara Sekumpulan Orang Gila dan Amir Masdi menerusi Mahkota.Gandingan Hael Husaini dan Nadeera pula turut mencipta kejayaan apabila memenangi Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi Peluk.Mereka turut membawa pulang trofi Video Muzik Rasmi Paling Banyak Ditonton Di Platform Video Utama menerusi Meriah Lain Macam.Hazama pertama kali berjaya mendapat tempat di AIM.Dalam kategori genre, Faizal Tahir dan Mimpi memenangi Lagu Rock Terbaik menerusi Bila Sampai Waktu, manakala Yonnyboii dan Malique dinobatkan sebagai pemenang Lagu Rap/Hip Hop Terbaik menerusi Tanya Tuhan.Hazama pula memenangi Lagu Tema Terbaik Dalam Filem/Drama menerusi Aku Bukan Narsisis.Kategori Lagu Etnik Terbaik menjadi milik Marsha Milan menerusi Pelangi Pasti.Dalam kategori pra-anugerah, Marsha turut memenangi Kulit Single/Album Terbaik menerusi Misompuru.Hael dan Naderra turut mendapat tempat di AIM25 menerusi lagu Peluk.Noh Salleh dan Kidd Santhe pula memenangi Lagu Perpaduan Terbaik menerusi Matahari Malaya.Bagi kategori Lagu Borneo Terbaik, kemenangan menjadi milik Mawat menerusi Dayang Bintang.Sementara itu, anugerah khas Sri Wirama diberikan kepada legenda rock tanah air, Ella, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian beliau dalam industri muzik.Bagi AIM25, pemenang 15 kategori terpilih menerima geran DKK sebanyak RM50,000 setiap satu, manakala pemenang kategori Album Terbaik menerima geran sebanyak RM200,000.Aisha berjaya meraih ketogari Lagu Tempatan Bahasa Inggeris Terbaik.Malam AIM25 turut dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis popular tanah air termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Hael Husaini, Mimifly, Adira Suhaimi, Anggrek, Amir Masdi, Akim Ahmad, Marsha Milan dan Azlan Typewriter.Aksi kumpulan Hujan, Estranged dan penyanyi asal Indonesia, Fajar Noor, turut menghangatkan acara pada malam berkenaan.AIM25 dihoskan oleh Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Sheera Abang Mansor.SENARAI PENUH PEMENANG AIM25Kategori Utama1. Artis Baru Terbaik – Alpha (Monalisa)2. Vokal Lelaki Terbaik – Arddley Nicholas (Sandiwara Cinta)3. Vokal Wanita Terbaik – Siti Nurhaliza (Kesuma)4. Vokal Kumpulan Terbaik – Inteam (Satukan Kami Di Syurga)5. Kugiran Terbaik – Sekumpulan Orang Gila dan Amir Masdi (Mahkota)6. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik – Hael Husaini dan Nadeera (Peluk)7. Video Muzik Terbaik – Temberang (Mimifly)8. Lagu Tema Terbaik Dalam Filem/Drama – Aku Bukan Narsisis (Hazama)9. Lagu Rock Terbaik – Bila Sampai Waktu (Faizal Tahir dan Mimpi)10. Lagu Pop Terbaik – P Ramlee Saloma (Alpha)11. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik – Tanya Tuhan (Yonnyboii dan Malique)12. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik – Temberang (Mimifly)13. Lagu Tempatan Bahasa Inggeris Terbaik – O.R.B.I.T (Aisha Retno)14. Lagu Tempatan Bahasa Cina Terbaik – Love Yourself (Yise Loo)15. Lagu Tempatan Bahasa India Terbaik – Pache Maina (Buggimaan)16. Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa – Siti Nurhaliza (Cenderamaya)17. Lagu Nasyid Terbaik – Halim Ahmad (Fitnah Akhir Zaman)18. Lagu Etnik Terbaik – Marsha Milan (Pelangi Pasti)19. Lagu Perpaduan Terbaik – Noh Salleh dan Kidd Santhe (Matahari Malaya)20. Lagu Tradisional Terbaik – Siti Nurhaliza (Pesanan Buat Diri)21. Lagu Borneo Terbaik – Mawat (Dayang Bintang)22. Album Terbaik – Aisha Retno (RE.HAB)23. Lagu Terbaik – Siti Nurhaliza (Pesanan Buat Diri)Anugerah Khas1. Anugerah Sri Wirama – EllaKategori Pra-Anugerah1. Lagu Perayaan Terbaik – Mimifly (Serumpun)2. Kulit Single/Album Terbaik – Marsha Milan (Misompuru)3. Rakaman Lagu Terbaik – Akim & The Majistret (Gasoline)4. Rakaman Album Terbaik – Aisha Retno (RE.HAB)5. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Mimifly (Nara)6. Lagu Paling Tinggi Distrim – Naim Daniel dan Adnin Roslan (Seni Berdamai Dengan Takdir)7. Video Muzik Rasmi Paling Banyak Ditonton Di Platform Video Utama – Hael Husaini dan Nadeera (Meriah Lain Macam)8. Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok – Mimifly (Serumpun)