suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Ugly‘ bagai mesej peribadi Dolla berkongsi pengalaman pernah dihakimi

Dolla bawa peminat selami kisah peribadi mereka.

MEMBAWA mesej tentang semangat dan harga diri dalam lagu baharu berjudul Ugly, kumpulan Dolla memberitahu karya tersebut sangat dekat dengan diri mereka.

Pernah melalui pelbagai ujian sepanjang kerjaya seni, bagi Sabronzo, Tabby dan Angle lagu ini juga mudah untuk dihayati dan diterjemahkan dalam gaya nyanyian mereka.

Mesej lagu ini amat dekat dengan hati kumpulan tersebut kerana setiap anggotanya pernah melalui pengalaman dihakimi dan disalahertikan dalam cara yang berbeza.

Angle (kiri), Tabby dan Sabronzo kongsi kisah peribadi dalam lagu Ugly. 

“Kami terus dapat menghayati lagu ini kerana mesejnya terasa begitu peribadi. Ada satu kepuasan apabila kami dapat mengambil segala perasaan itu dan mengubahnya menjadi kekuatan menerusi Ugly.

"Lagu ini mempunyai tenaga yang penuh penentangan, tetapi pada dasarnya, ia adalah tentang keberanian untuk menentukan naratif kita sendiri," ujar mereka.

Tidak hanya itu, lagu ini juga membawa mesej yang cukup jelas bahawa mereka tidak mudah jatuh dek kerana kata-kata atau tanggapan negatif segelintir pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: DOLLA kembali selepas 8 bulan rehat, gabung ikon rap Thailand tembusi Asia Tenggara 

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat luar negara masih boleh tonton MV Question, Dolla tak fikir nak rakam semula

Secara tidak langsung ia memberi semangat untuk terus bangkit dan percaya dalam memperjuangkan identiti sendiri.

“Jika kami perlu menggambarkan Ugly dalam satu perkataan, perkataan itu ialah tanpa kompromi.

"Lagu ini adalah tentang menerima dan berdiri teguh dengan siapa diri kita, tanpa membenarkan orang lain menentukan identiti kita," jelasnya.

Setiap lagu Dolla membawa mesej tersendiri buat mereka. 

Lebih menarik lagi, muzik video lagu ini membawa elemen wayang kulit sebagai gambaran sikap manusia yang membentuk tanggapan terhadap sesuatu watak hanya berdasarkan bayang-bayang tanpa melihat gambaran yang menyeluruh.

"Kami merasakan konsep itu sangat serasi dengan Ugly kerana manusia sering melakukan perkara yang sama terhadap satu sama lain.

"Lagu ini seolah-olah menjadi peringatan daripada kami bahawa persepsi tidak semestinya mencerminkan kebenaran," jelas mereka.

Artikel Lain