suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akur perkembangan AI, Cat Farish cadang pelakon daftar IP wajah untuk royalti masa depan

Cat teruja terokai dunia AI.

MENJADI antara pelakon yang terlibat dalam filem menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), penyanyi Cat Farish tidak melihat perkembangan teknologi itu sebagai sesuatu yang perlu ditentang atau disokong secara membuta tuli.

Sebaliknya, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 52, memilih untuk menjadi pengguna teknologi dengan mempelajari manfaat AI dalam kehidupan termasuk membantu urusan kerjaya dan pengurusan seharian.

 “Saya tidak menentang dan juga tidak menyokong. Saya pengguna teknologi. Saya suka teknologi.

Cat menerima sokongan isteri, Shikin untuk menjayakan filem Siluman: Dendam Harimau Jadian.

 “Sekarang ini saya sedang belajar menggunakan AI sebagai alat pemasaran termasuk untuk urusan pengurusan seharian,” katanya.

Menurut Cat, penghasilan filem Siluman: Dendam Harimau Jadian yang disertainya juga bukan sekadar memasukkan arahan atau prompt ke dalam sistem sebelum hasil dijana secara automatik.

Katanya, penghasilan karya berkenaan tetap memerlukan sentuhan seni serta persediaan terperinci termasuk menghasilkan reka bentuk dan merakam pergerakan pelakon terlebih dahulu.

 “Macam mana kami buat filem ini agak susah. Fazli (pengarah) kena buat kampung dulu, melukis kampung itu, baru jadi kampung tadi. Dia kena lukis semua benda.

ARTIKEL BERKAITAN: Cat Farish menumpang rumah kawan, ‘throwback’ seminggu makan nasi berlauk bawang

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong berhijab sempena hari lahir Cat Farish

“Dia bukan prompt untuk hasilkan semuanya. Dia prompt pergerakan sahaja.

“Macam baju saya semua, shoot dulu, ambil gambar, berlakon, kena gari dan sebagainya. Cuma saya cakap, ‘tuakan saya’,” jelasnya.

Dalam pada itu, Cat memberitahu penglibatannya dalam filem berkenaan turut didorong keinginan untuk meneroka isu hak milik intelek (IP) terhadap wajah pelakon seiring perkembangan teknologi AI yang semakin meluas.

Jelasnya, konsep IP wajah membolehkan pelakon mempunyai hak terhadap penggunaan wajah mereka selain menerima bayaran dan royalti sekiranya wajah tersebut digunakan dalam karya lain.

Kita tak boleh melawan teknologi.

CAT FARISH 

PENYANYI/PELAKON

“Kita ada jumpa pelakon dan tanya, ‘nak tak IP-kan wajah mereka?’ Bila IP-kan, kita bayar seperti bayaran berlakon tetapi pelakon itu akan ada IP dia sendiri. Macam saya ada IP saya.

“Siapa nak pakai IP saya, boleh, tetapi bayarlah. IP ini pula ada royalti. Tak adalah macam kita tengok drama lama, tiba-tiba muka kita keluar dan kita terfikir, ‘Eh, ini 20 tahun lepas aku berlakon cerita ini’, tetapi tak dapat duit.

“Bila IP itu ada, siapa yang gunakan IP tersebut, dia kena bayar,” kongsinya.

Tambah Cat, pendekatan itu penting bagi memastikan wajah dan identiti seseorang artis tidak dieksploitasi tanpa kebenaran apabila teknologi AI terus berkembang.

Fazli Yasin merupakan pengarah filem Siluman: Dendam Harimau Jadian.

Cat turut mengambil contoh selebriti antarabangsa, Kim Kardashian yang menurutnya sudah meneroka penggunaan IP dalam karya drama vertikal.

Bagi Cat, perkembangan AI bukan sesuatu yang boleh dihentikan, sebaliknya masyarakat perlu belajar menggunakan teknologi tersebut dengan cara yang betul.

“Kita tak boleh melawan teknologi. Kita kena belajar untuk menggunakannya dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi.

“Sama ada dengan cara baik atau cara jahat, itu terpulang kepada kita. Kita buat eksperimen sosial.

Barisan pelakon dan wakil daripada Lil Studios Sdn Bhd serta Infinite Loop Media Sdn Bhd.

“Saya sebenarnya nak pertahankan IP. Bila IP itu ada, ia menguntungkan. Orang pakai muka kau, orang bayar,” kongisnya.

Selain Cat, filem cereka berasaskan AI, Siluman: Dendam Harimau Jadian, turut menampilkan Chubb-E dan Dboy Hamdan.

Filem terbitan Lil Studios Sdn Bhd dan Infinite Loop Media Sdn Bhd (ILM) itu menerima sentuhan pengarah Fazli Yasin.

Artikel Lain