suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syazani Zikry hormat permintaan isteri, tidak kongsi hal peribadi di media sosial

Isteri sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya seni Syazani.

PELAKON Syazani Zikry memilih untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial termasuk gambar isterinya selepas mereka mendirikan rumah tangga pada Sabtu.

Menurut Syazani atau Syazani Zikry Zainul Hakim, 28, sejak awal perkenalan mereka, isterinya sendiri meminta untuk tidak memuat naik gambar berdua sebagai tatapan umum.

Malah, pelakon ini juga berpegang kepada prinsip untuk menjaga profesionalisme dan menghadkan perkongsian di media sosial hanya untuk urusan kerja.

Syazani hanya berkongsi hal berkaitan kerja di media sosial. 

"Saya dan isteri sama-sama setuju untuk menjaga kisah peribadi. Dari segi perkongsian di media sosial pun kami akan kurangkan gambar berdua.

"Atas permintaan isteri juga, dia tidak mahu kongsi gambar sejak awal berkenalan. Sebab itu saya tidak pernah dedahkan kisah kami.

"Saya tak mahu campur urusan kerja dengan kehidupan peribadi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu menangis sebelum nikah, Syazani Zikry sebak ibu tiada di hari bahagia 

ARTIKEL BERKAITAN: Syazani Zikry sah bergelar suami dengan sekali lafaz

Syazani selamat bergelar suami kepada Sofiah Abu Bakar, 28, pada Sabtu dalam satu majlis yang berlangsung di Puchong, Selangor.

Mula berkenalan sekitar Januari 2025, pelakon ini bagaimanapun tidak pernah mendedahkan kisah cinta mereka.

Biarpun Sofiah tidak terlibat secara langsung dalam dunia seni, namun wanita itu cukup memahami tuntutan kerja Syazani dan sentiasa memberi sokongan untuk terus membina kerjaya.

Syazani sah bergelar suami kepada Sofiah pada Sabtu. 

"Dia belajar sendiri tentang dunia hiburan. Sofiah juga bekerja dalam bidang pemasaran dan faham tentang kerjaya seni. Dia juga tidak ada sebarang masalah untuk saya terus berlakon.

"Sebelum ini Sofiah pernah ikut saya menghadiri malam gala filem, tetapi dia biarkan saya ke depan. Bila nampak orang ramai, dia akan undur ke belakang sebab Sofiah seorang yang pemalu," kongsinya.

Artikel Lain