suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syazani Zikry sah bergelar suami dengan sekali lafaz

Syazani dan isteri di upacara batalkan air sembahyang.

PELAKON Syazani Zikry sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Sofiah Abu Bakar dengan sekali lafaz  dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung Puchong, Selangor, pagi Sabtu. 

Pasangan berkenaan dinikahkan sendiri oleh bapa Sofiah, Abu Bakar Ismail.

Dalam majlis itu, Syazani menyerahkan wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Syazani Zikry sah bergelar suami orang.

Syazani Zikry sah bergelar suami orang.

Pasangan itu turut bertukar dulang hantaran dengan Syazani menyediakan lima dulang, manakala Sofiah membalas dengan tujuh dulang.

Berkongsi mengenai detik awal perkenalan, Syazani atau Syazani Zainul Hakim, 28, berkata dia mengenali Sofiah menerusi rakan universiti yang juga merupakan jiran kepada isterinya itu.

“Saya kenal dengan Sofiah melalui Amelia, ‘uni-mate’ saya. Mula-mula saya ternampak gambar Sofiah di Instagram Amelia dan terus minta Amelia tanyakan statusnya sebelum saya sendiri mendekati untuk berkenalan. Rupanya mereka berdua adalah jiran,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita kahwin 26 September, bekas suami akan hantar tiga anak sahaja hadiri majlis

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kim Khairii sudah berkahwin, miliki cahaya mata lelaki usia empat bulan… Isteri bekas artis rakaman asal Sabah

Menurut Syazani, proses untuk mengenali Sofiah mengambil sedikit masa sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius.

Mereka mula berkenalan pada Januari 2025 dan selepas kira-kira 10 bulan, dia memberanikan diri untuk melamar wanita itu. 

“Hasrat untuk saya berkahwin memang sudah ada, tetapi tidak sangka ia datang seawal ini. Sewaktu mengenali Sofiah, saya terdetik hati untuk terus bertanya jika dia mahu berkahwin selepas 10 bulan berkenalan,” ujarnya. 

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut merancang untuk berbulan madu pada penghujung tahun ini, mengambil kira komitmen kerja yang perlu diselesaikan.

Syazani sebaik sahaja selesai lafazkan akad.

Syazani sebaik sahaja selesai lafazkan akad.

Menurut Syazani, Sofiah teringin untuk berkunjung ke Montenegro, namun mereka masih belum membuat keputusan mengenai destinasi bulan madu.

Bagaimanapun, sehari selepas majlis pernikahan, pasangan itu akan berlepas ke Vietnam untuk percutian singkat.

“Ini bukan dikira honeymoon tetapi sekadar short getaway untuk release-kan stress,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya seninya selepas bergelar suami, Syazani berkata, Sofiah merupakan individu yang sangat memahami tuntutan kerjaya dan tidak pernah menghalang perjalanan seninya.

Majlis pernikahan Syazani dan isteri bertemakan 'garden'

Majlis pernikahan Syazani dan isteri bertemakan 'garden'

“Alhamdulillah, Sofiah seorang yang sangat memahami kehendak kerja saya dan tidak pernah menghalang apa-apa.

“Saya akan teruskan perjuangan karier seni saya seperti biasa dengan matlamat yang lebih besar. Perjalanan saya masih jauh,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan cahaya mata, Syazani berkata mereka belum menetapkan sebarang perancangan buat masa ini kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.

 

Artikel Lain