DI SEBALIK kegembiraan bergelar seorang suami, pelakon Syazani Zikry turut meluahkan rasa sedih kerana ketiadaan seorang ibu di sisi pada di hari bahagianya. Menurut Syazani atau Syazani Zikry Zainul Hakim, 28, hampir seminggu sebelum bernikah dia bertemankan air mata mengenang pemergian ibu yang meninggal dunia dua tahun lalu. “Ibu tiada hari ini buat saya terkesan. Seminggu sebelum bernikah memang saya menangis setiap hari. “Biasanya seorang ibu yang sibuk melakukan persiapan, tetapi saya tiada sentuhan itu. Melihat ayah seorang diri tiada peneman buat saya rasa sedih,” katanya. Syazani sebak terkenang arwah ibu.Ibu Syazani iaitu Allahyarham Nor Ain Abdul Rahman meninggal dunia pada 23 April 2024 akibat kanser payudara. Syazani sah bernikah dengan pasangannya, Sofiah Abu Bakar, 28, dalam satu majlis yang berlangsung di Puchong, Selangor pada pagi Sabtu. Bercakap tentang pilihan untuk mendirikan rumah tangga, pelakon ini juga menganggapnya sebagai doa Allahyarham yang mahu melihat dia memiliki pasangan hidup. “Mungkin inilah doa terakhir sebelum ibu pergi. Semasa ibu sakit setiap hari saya bercakap mahu dia melihat saya berjaya. “Memanglah sebagai seorang lelaki saya mahu berkahwin dan ada pasangan, tetapi saya sasar mungkin ketika usia 30 tahun,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Syazani Zikry sah bergelar suami dengan sekali lafazARTIKEL BERKAITAN: Zahnita kahwin 26 September, bekas suami akan hantar tiga anak sahaja hadiri majlisSementara itu Syazani juga memberitahu dia yakin Sofiah adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri saat pertama kali melihat wajah wanita berkenaan. Sofiah juga seorang yang cukup memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya. “Ini cerita betul… satu hari saya duduk dalam kereta dan ternampak gambar Sofiah, dialah yang akan jadi isteri. Saya terus berdoa jika dia yang terbaik semoga dipermudahkan urusan. “Saya tahu kerjaya seni sedang meningkat naik, tapi pernikahan ini tak halang untuk saya teruskan. Sofiah sentiasa memberi sokongan,” kongsinya.