PENYANYI dan pelakon Nabila Razali membuktikan usia bukan penghalang untuk mencuba sesuatu yang baharu.Buat pertama kalinya, Nabila tampil mencipta lagu terbaharunya, Cukup Sampai Sini pada usia 34 tahun. Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali berkata, dia percaya tiada istilah terlambat untuk seseorang mempelajari perkara baharu termasuk dalam bidang muzik yang sudah lama menjadi sebahagian daripada kerjayanya.Kata Nabila, kejayaan penyanyi lain yang sudah lama menghasilkan karya sendiri menjadi inspirasi buat dirinya untuk mencuba sesuatu yang baharu."Saya tak rasa ada had umur untuk kita mula melakukan sesuatu perkara baharu. Saya sekarang dah 34 tahun, saya tahu ada penyanyi lain yang sudah lama menulis lagu dan menang anugerah. Nabila banyak belajar sepanjang pembabitannya dalam dunia nyanyian."Itu satu perkara yang saya jadikan sebagai inspirasi, kalua orang lain boleh kenapa kita tak boleh."Tiada istilah terlambat untuk kita mulakan, Alhamdulillah terhasillah lagu Cukup Sampai Sini yang lama juga disimpan sebab yakin atau tidak untuk dilancarkan," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia juga sering mendapatkan pandangan daripada komposer lain.Malah, katanya pengalaman bekerjasama dengan penyanyi dan komposer Hael Husaini juga banyak membantu menambahkan pengetahuannya dalam menghasilkan sesebuah karya.ARTIKEL BERKAITAN: “Penyanyi nombor satu negara pun ada ‘haters’ apa lagi saya” - Nabila Razali lebih terbuka terima kecamanARTIKEL BERKAITAN: “Semudah itu label rubbish song” - Nabila Razali ‘sekolahkan’ netizen kutuk lagu nyanyiannya"Daripada awal saya bekerja dengan sesiapa pun, saya suka melihat cara mereka mengolah lagu menjadi pendek dalam beberapa saat. "Saya juga ada buat latihan dengan guru vokal jadi di dalam kelas saya belajar cara untuk membuat lagu. Sejujurnya banyak sangat benda yang saya kena belajar, apa pun saya kena bekerjasama dengan orang yang lebih tahu," ujarnya.Muzik video Cukup Sampai Sini menampilkan konsep 'high school'.Lebih istimewa, muzik video Cukup Sampai Sini turut menampilkan 12 cameo dalam kalangan pempengaruh dan selebriti yang membawa karakter tersendiri.Muzik video berkenaan tampil dengan pendekatan lebih berwarna dan menghiburkan menerusi konsep sekolah menengah atau high school yang dicipta khas oleh Nabila.Antara yang terlibat ialah Ain Edruce, Yaya Zahir, Siti Khadijah, Adriana Adnan, Riena Diana, Tengku Ratu, Kahoe Hon dan Fadhli Masoot serta ramai lagi.Cukup Sampai Sini kini boleh didengar di semua platform penstriman muzik, manakala muzik video rasmi boleh ditonton menerusi YouTube.