KONSERT 3Diva Live In Malaysia 2026 (Timeless) bakal menjadi detik yang sangat bermakna buat tiga penyanyi Indonesia iaitu Kris Dayanti, Titi DJ dan Ruth Sahanaya.Kembali menghiburkan peminat Malaysia selepas lebih dua dekad gabungan jenama tersebut, konsert ini juga pastinya dinantikan oleh peminat yang telah mengikuti perjalanan seni mereka sejak sekian lama. Biarpun sudah memiliki kelompok peminat tersendiri, Titi DJ tidak mahu mengambil mudah dalam aspek pemilihan lagu dan akan memastikan peminat yang hadir terhibur dengan persembahan mereka.Ruth (kiri), Titi DJ dan Kris Dayanti kembali menghiburkan peminat Malaysia. “Memang wajar apabila penonton datang dengan jangkaan. Kami perlu memikirkan bagaimana lagu yang disajikan dapat membuat mereka teruja.“Salah satunya, bagi saya, ialah dapat menyanyi bersama mereka yang datang menonton dan bernostalgia bersama kami bertiga,” katanya.Dalam masa sama, penyanyi ini juga sedar kebarangkalian nama mereka kurang mendapat sambutan dalam kalangan peminat muda.ARTIKEL BERKAITAN: Jason Mraz kembali ke KL lepas tujuh tahun, empat kategori tiket baharu konsert 31 Oktober ARTIKEL BERKAITAN: MCR, Evanescence datang KL November depanJusteru, konsert yang akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 22 November itu boleh menjadi platform buat golongan muda mengenali karya-karya mereka.“Kami juga perlu sedar bahawa kami tidak boleh memaksa Gen Z untuk datang menonton. Pendengar utama kami ialah mereka yang membesar bersama-sama kami.Titi DJ harap peminat muda dapat menerima lagu-lagu nyanyian mereka. “Mudah-mudahan ibu bapa mengajak anak-anak datang menonton. Mungkin mereka akan rasa ingin tahu tentang lagu yang membawa nostalgia kepada ibu mereka,” ujarnya.Tiket konsert ini boleh dibeli secara atas talian di www.trip.com dengan harga bermula RM238 hingga RM1,098.