suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahnita sah bergelar isteri semula, majlis nikah dihadiri tiga anak

Zahnita selamat bergelar isteri kepada Farouk.

PELAKON Zahnita Wilson kembali bergelar isteri selepas selamat dinikahkan dengan pasangannya, Farouk Osman Yunus dalam satu majlis di Cyberjaya pada pagi Sabtu. 

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh abang Zahnita iaitu Mohd Julian Hussein.

Zahnita menerima mas kahwin RM300 dan hantaran berupa dua bentuk cincin serta kelengkapan solat.

Tiga anak Zahnita turut hadir di hari bahagia ibu mereka. 

Majlis berlangsung secara sederhana dengan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan teman rapat.

Turut hadir adalah tiga anak Zahnita hasil daripada perkahwinan terdahulu.  

Dalam temu bual sebelum ini, Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 41, mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Farouk pada Ogos lalu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita Wilson bakal nikah jiran lama 26 September, terpikat sikap penyayang bakal suami 

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita kahwin 26 September, bekas suami akan hantar tiga anak sahaja hadiri majlis

Mereka mula berkenalan sejak April sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. 

Untuk rekod, Zahnita sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005, namun bercerai pada Ogos 2025.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun.

Artikel Lain