suria

Sudah buat persiapan kelahiran... Son Ye Jin dan Hyun Bin umum bakal timang anak lelaki

Son Ye Jin dijangka melahirkan bayi lelaki Disember ini.

PASANGAN selebriti Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin mendedahkan mereka bakal menimang bayi lelaki yang akan dilahirkan pada Disember depan.

Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh pihak agensi yang turut memaklumkan Son Ye Jin, 40, berada dalam keadaan baik.

"Son Ye Jin dan Hyun Bin bakal menerima cahaya mata lelaki dan bayi itu akan dilahirkan pada Disember depan.

"Son Ye Jin kini berada dalam keadaan sihat. Dia sedang membuat persiapan untuk kelahiran anaknya nanti," kata wakil agensi.

son2 - 1

Hyun Bin dan Son Ye Jin melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hyun Bin dah 'off market', kini milik Son Ye-Jin

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 bulan kahwin, Son Ye Jin dikhabarkan sudah hamil... Peminat teruja nampak 'baby bump'

Terdahulu, Son Ye Jin berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di Instagram pada Jun lalu.

Aktres ini pada awalnya memberitahu dia berasakan terdapat perubahan pada tubuh badannya sehinggalah disahkan hamil.

son1 - 1

Sama cantik, sama padan.

Untuk rekod, pasangan romantik ini telah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada awal Januari tahun ini.

Hubungan akrab mereka terjalin ketika kedua-duanya menjalani penggambaran drama Crash Landing On You.

Hyun Bin dan Son Ye Jin akhirnya melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu dan majlis diadakan secara tertutup kerana pandemik Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain