suria

Tyga mengaku jadi orang ketiga, umum sedang bercinta dengan Avril Lavigne

Avril dan Tyga tidak menyembunyikan hubungan mereka.

SELEPAS didakwa menjadi orang ketiga keretakan hubungan Avril Lavigne dan Mod Sun, penyanyi rap Tyga akhirnya mendedahkan hubungan itu kepada umum.

Tyga dan Avril dilihat hadir bersama di acara Minggu Fesyen Paris yang berlangsung pada Selasa selain gambar mereka bercium di sebuah acara turut menjadi bualan ramai.

Kedua-duanya seakan mengesahkan hubungan cinta antara mereka meskipun belum genap sebulan Avril mengumumkan putus tunang dengan Mod Sun.

ARTIKEL BERKAITAN: Avril Lavigne putus tunang, orang ketiga dipercayai punca hubungan berakhir

Menurut sumber seperti yang dipetik dari People, kedua-duanya kini dalam proses perkenalan dan hubungan masih baharu.

"Tyga dan Avril sedang berkenalan. Hubungan mereka masih baru dan secara kasual," jelas sumber berkenaan.

Pada 23 Februari lalu, wakil kepada Avril mengesahkan hubungan penyanyi itu dengan Mod Sun berakhir selepas 10 bulan bertunang.

Perpisahan mereka dikatakan berpunca dari penyanyi lagu Complicated itu yang mempunyai hubungan dengan Tyga.

Namun ketika itu wakil kepada Avril dan Tyga memaklumkan mereka hanyalah teman baik dan tiada sebarang hubungan istimewa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain