suria

Avril Lavigne putus tunang, orang ketiga dipercayai punca hubungan berakhir

Avril Lavigne dan Mod Sun dikhabarkan sudah berpisah.

PENYANYI Avril Lavigne dilaporkan sudah tidak lagi menjalinkan hubungan cinta bersama Mod Sun.

TMZ melaporkan Avril Lavigne dan Mod Sun telah berpisah beberapa hari lalu berpunca daripada orang ketiga.

"Mereka dikatakan masih bersama tetapi sejak tiga hari lalu mereka dilihat sudah tidak bersama ketika di konsert jelajah Mod Sun," kata sumber enggan dikenali.

DreamForestLangkawi_mediabriefing_Photo2

Avril Lavignen dilihat menaiki kereta bersama Tyga.

Malah, nama Tyga yang merupakan bekas kekasih Kylie Jenner menjadi sebutan kerana dipercayai menjadi orang ketiga dalam hubungan pasangan itu.

Bukan itu sahaja, Avril dan juga Tyga dikatakan sering meluangkan masa bersama sejak akhir-akhir ini.

Malah beberapa gambar mesra Avril dan Tyga bercuti Nobu, di Malibu sedang berpelukan juga tersebar di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Song Hye Kyo dan Lee Min Ho semakin serius, peminat beri restu

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali aktif di IG, Megax Fox jawab isu bekas tunang curang

Untuk info, Avril dan Mod telah mengikat tali pertunangan di Paris pada Mac 2022 selepas lebih setahun berkenalan.

Khabar gembira itu telah dikongsikan menerusi media sosial masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain